PUTUS ASA..
Saturday, July 4, 2009
Salam kembali..alhamdulillah akhirnya ana dapat meluangkan masa nak bersihkan rumah ana ni..almaklumlah tengah libur ni masa banyak digunakan untuk memenuhi permintaan masyarakat..walau penat tetapi nikmat penat dan letih itu akan dirasai setelah selesai melaksanakan tanggujawab yang diamanahkan..
Ruangan kali ini...ana mengajak ana sendiri dan antum sama-sama buka tafsir dan menyelusuri kisah-kisah yang ana nak kongsi..
(rujuk tafsir m/s 305-surah ke 19-MARYAM)
1. Kaf Ha Ain Sad
2. ( yang dibacakan ini adalah) penjelasan tentang rahmat Tuhanmu kepada
hambaNYA,ZAKARIA.
3. (iaitu) ketika dia berdoa kepada Tuhannya dgn suara yang lembut
4. Dia (Zakaria) berkata, "Ya Tuhanku, sungguh tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMU, Ya TUhanku.."
" ayat yang keempat ini marilah kita sama-sama jadikan sebagai kekuatan tatkala diri hampir berada di hujung tanduk perjuangan..post kali ini sebenarnya berkaitan dgn putus asa..sememangnya kehidupan adakala akan menghampiri perasaan putus asa..ketika kecewa, ketika diri menangis tanpa air mata-bukan beerti air mata beku tapi air mata itu seolah-olah malu dan enggan keluar..adakala mahu juga mengalir pada hamparan sejadah dan nikmat akan lebih dirasai tika menadah tangan pa Ilahi yang lebih berhak mendapat perasaan pergantungan hambaNya.."
MAKA..LETAKKAN PERGANTUNGAN UTAMA KEPADA YANG LEBIH BERHAK..SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENDENGAR SETIAP BAIT KATA HATI..TIDAK PERLU DIZAHIR TAPI BILA HATI BERBICARA, ALLAH SEDIA MENDENGAR..MAHA SUCI ALLAH ITU BERADA DI MANA2-YAKIN DAN YAKINLAH DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH..UJIAN DI MUKA BUMI IALAH TARBIYAH UNTUK KITA..UJIAN MAHUPUN DUGAAN SELAMILAH DGN DASAR HATI..YANG PAHIT JANGAN TERUS DILUDAH..YG MANIS JANGAN TERUS DITELAN..WALAUPUN HAKIKAT UJIAN DAN DUGAAN YANG ALLAH KURNIAKAN PADA SETIAP HAMBA ITU MENYAKITKAN TETAPI YAKINLAH DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH BAHAWA KEBENARAN ITU SEBENARNYA HAKIKAT KEHIDUPAN..(ANA JUGA MENGINGATKAN DIRI ANA)
0 comments:
Post a Comment