MENCARI JAWAPAN KEPADA PERSOALAN MINDA
Friday, March 12, 2010
Pada suatu masa yang telah ditentukan oleh pemilik nyawa..adakalanya Dia memberi kepada seorang hamba itu berjuta perasaan..perasaan yang sering berbolak balik..perasan yang akan menguji perjuangan ..dan seandainya perjuangan itu ialah mahu mencapai perasaan cinta kepadaNya..maka perasaan yang berbolak balik itu akan mengisi ruang minda. Berikutan dengan hal ini, maka minda tercari-cari jawapan akan persoalan yang berlegar pada ruang minda minta diisi..
Entri kali ini ialah sekadar mahu berkongsi akan jawapan kepada minda..persoalan minda ialah..APAKAH SEBENARNYA ERTI PENTARBIYAH ITU KEPADA DIRI SENDIRI..atau kita ini hanya sekadar acuan yang mengikut bekas?
(Ana bukanlah orang yang tepat untuk berkongsi soal ini..tetapi inilah erti pertarbiyahan untuk ana.)
Pentarbiyahan yang diterima tidak kiralah daripada sumber kehidupan, pengalaman, mahupun penglibatan dalam jemaah tidak lain ialah untuk MEMPERBAIKI perkara pokok dalam diri insan yang telah diberi nikmat islam iaitu AKIDAH. Apabila menyentuh soal akidah, ia berkaitan rapat dengan TAUHID.
Tauhid berdasarkan kefahaman yang telah diyakini selama ini ialah " ASYHADUALLAILAHAILALLAH, WAASYHADUANNAMUHAMMADURRASULULLUH"..Aku yakin akan keyakinanku bahawa " aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah" dan aku yakin akan keyakinanku bahawa " aku bersaksi bahawa Nabi Muhammammad itu persuruh Allah".
Apabila jelas mengenai pegangan yang diyakini, maka secara tidak lansung akidah dapat diperbaiki sewajarnya pada tempat dimana ia wajib diyakini oleh insan yang diberi nikmat ISLAM..maka setiap dari kita harus jelas akan pegangan yang dianuti.
Jika akidah telah dibaiki bersama USAHA-USAHA yang menjurus kepada pentarbiyahan diri, atau pembaikkan diri, seharusnya pegangan asas..sebagai contoh, yakin akan RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN..
Rukun Islam
> mengucap kalimah syahadah
> solat 5 waktu sehari semalam
> mengeluarkan zakat
> berpuasa di bulan ramadhan
> mengerjakan haji
Rukun Iman
> beriman kepada Allah
> beriman kepada malaikat-malaikat
> beriman kepada kitab-kitab
> beriman kepada rasul-rasul
> beriman kepada hari akhirat
> beriman kepada qada dan qadhar
( adakah perkara asas ini telah kita laksanakan?... disaat minda mahu mencari jawapan..)
USAHA-USAHA yang boleh diambil contoh ialah, melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Apabila usaha ini diamalkan secara perlahan dan berperingkat-peringkat tetapi bukan mendadak, maka istiqamah ialah salah satu usaha yang harus diperjuangkan. Dalam melaksanakan USAHA-USAHA tadi..sedar atau tidak, elemen-elemen yang tidak dapat dikira akan menyusul. Elemen- elemen ini dinamakan PERASAAN. PERASAAN yang mengandungi berjuta rasa. sebagai contoh, CINTA, HARAP dan TAKUT. ( mengapa 3 perasaan ini?..mengapa tidak perasaan lain?) Setiap individu punya hasil yang berbeza untuk menterjemahkan perasaan masing-masing..kerana perasaan tidak dapat diukur dengan nombor atau apa sahaja kaedah matematik ( jika ada kongsilah dengan ana) kerana perasaan punya berjuta rasa malah lebih daripada nilai juta..
Berbalik kepada USAHA-USAHA yang dikatakan tadi, maka dalam perjalanan melaksanakan usaha itu, akan lahirlah 3 perasaan itu tadi iaitu CINTA, HARAP dan TAKUT. Perasaan ini seharusnya memandu seseorang itu kepada Allah semata apabila dibantu oleh sumber pentarbiyahan dan teguh akan pegangannya apabila jelas akan kefahaman TAUHID DAN AKIDAH dalam diri. ,umpama pasak yang keras dan mati..kukuh dan serasi.
Jika pegangan TAUHID dan AKIDAH telah jelas, maka CINTA pada Maha Pencipta ialah yang utama. Apabila telah CINTA, perasaan HARAP akan lahir untuk mendapatkan sesuatu daripada yang dicintai iaitu Allah. Tidak ada yang lebih indah melainkan berharap akan REDHANYA. Setelah CINTA dan HARAP bersatu, dan mengembleng tenaga..maka perasaan TAKUT akan menyusul..yakni TAKUT akan hukuman MAHA PENCIPTA..semuanya bermula daripada CINTA dan HARAP.
CINTA, HARAP dan TAKUT akan membantu USAHA-USAHA dalam pentarbiyahan diri mahu mencapai perasaan cinta kepadaNya. Ibarat IRAMA dan LAGU, PENULIS dan MATA PENA..
begitu jualah CINTA, HARAP dan TAKUT..tidak dapat dipisahkan..
( minda akan sentiasa dan terus mahu mencari jawapan akan setiap persoalan..agar menyedarkan diri kita adakah kita sebenarnya jelas akan kefahaman yang telah lama diamalkan atau sekadar ikutan sahaja)
" oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu ( wahai muhammad) bahawa sesungguhnya TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH "
AL-QURAN >( MUHAMMAD: 19)
KITAB TAUHID JILID 1 > ( M/S 27)
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
SABDA RASULULLAH S.A.W YANG BERMAKSUD..
" Ya Allah, berdasarkan pengetahuanMu terhadap alam ghaib dan kemampuanMu terhadap semua makhluk, hidupkan aku jika Engkau mengetahui kehidupan itu lebih baik bagiku dan matikan aku jika Engkau mengetahui kematian itu lebih baik bagiku. Aku meMOHON kepadaMu rasa TAKUT kepadaMu di alam ghaib dan alam nyata. Aku meMOHON kepadaMu perkataan yang benar dalam marah dan senang. Aku meMOHON kepadaMuhemat pada masa miskin dan kaya. Aku meMOHON kepadaMu kenikmatan yang tidak habis-habisnya. Aku meMOHON kepadaMu penyegar mata yang tidak teputus. Aku meMOHON kepadaMu sikap REDHA setelah qada dan qadha'. Aku meMOHON kepadaMu kenikmatan melihat wajahMu. Aku meMOHON kepadaMU duduk bertemu denganMu tanpa penderitaan yang merbahaya dan tanpa fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiaslah kami dengan hiasan IMAN dan jadikan kami sebagai juru petunjuk yang mendapat petunjuk".
( HR.AN-NASA'I, IMAM AHMAD, IBNU HIBBAN0
( TERAPI DUKA, DR AIDH AL-QARNI-M/S 64&65)
0 comments:
Post a Comment