Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~~KERANA APA AKU MENIKAH??~~

Monday, September 27, 2010



Nabi saw bersabda:
"1. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana kehebatan dunianya , Allah hanya menambah kehinaan padanya.
2. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana hartanya, Allah hanya menambah kepapaan kepadanya.

3. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana keturunannya, Allah hanya menambah kerendahan padanya.
4. Sesiapa yang mengahwini wanita hanya kerana untuk menjaga pandangannya, memelihar farajnya atau untuk menyambung silaturrahim, Allah akan memberkati lelaki tadi pada isterinya dan memberkati isterinya pada lelaki tersebut."

Oleh itu kita kena lihat booster pendorong kepada perkahwinan kita. Ini sangat penting terutama lelaki yang akan mengetuai keluarga. Ini bagi memastikan perkahwinan kita diterima disisi Allah swt.

~~JADILAH LELAKI YANG TERBAIK~~

Lelaki perlu lebih bersdia untuk bahtera perkahwinan lebih dari wanita. Lelaki perlu melayan sebaiknya kepada isteri seprti Rasulullah saw melayan para isterinya. Nabi saw bersabda:

" Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik adalah orang paling baik kepada isterinya, akulah orang yang paling baik kepada isterinya."

Hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim

~~JANGAN JADI DAYUS~~

Jangan pula salah anggap bahawa lelaki yang baik ini lelaki yang mengikut semua kemahuan isteri sehingga membuat perkara yang dilarang. Begitu juga sanggup mempertahankan rumah tangga walaupun pasangan tersebut menyebabkan runtuhnya iman dan akhlaknya. Nabi saw bersabda:

" 3 golongan yang tidak masuk syurga iaitu Penderhaka ibu bapa, lelaki yang dayus, dan lelaki yang menyerupai wanita."

Hadis yang baik sanadnya seprti dinyatakan oleh pengarang kitab " safwatul ahkam."

Lelaki perlu mengajar perkara yang wajib kepada isterinya seperti ilmu akidah, solat, zakat, puasa, pernikahan, muamalat (jual beli Islam), pembersihan hati dan lain-lain. Kalau dia tidak mampu si lelaki wajib mengajak isterinya pergi kelas pengajian seumpama ini.
Kelas muamalat jarang ada di malaysia kerana kuliah malam kebiasaannya adalah tajuk umum. Lebih kepada kelebihan dan dakwah. Ilmu yang lebih mendalam terutamanya muamalat adalah jarang diajar.

~~PASANGAN MUSUH~~

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوّاً لَّكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ وَإِن تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Hai orang-orang mu'min, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Surah al-Munafiqun ayat 14

Menurut sebab penurunan ayat ini di dalam hadis2 yang sahih adalah kerana lelaki2 yang berada di mekah hendak belajar ilmu Islam dari Rasulullah di madinah. Namun pasangan mereka yang merayu dan menghalang untuk belajar ilmu Islam.

Kemudian turun ayat ini. Sepatutnya perkahwinan menyebabkan bertambah rajin untuk menuntut ilmu, berama ibadah dan berkerja untuk Islam tetapi yang terjadi sebaliknya berlaku. Pasangan yang berkahwin hendaklah pastikan ke3 perkara tadi bertambah selepas perkahwinan iatu ilmu , amal dan kerja Islam.

Inilah keredaan tuhan dalam perkahwinan. Hanya Salah satu dr tadi bertambah juga tidak memadai kerana 3 perkara ini adalah saling melengkapi. Setakat seronok , happy, bg makan, hubungan kelamin , rumah , perlindungan. Oleh itu pilihlah pasangan elok2 samada lelaki atau perempuan.

~~NABI YANG SPORTING KEPADA ISTERINYA~~

Kalau perkara yang tidak dilarang sisuami hendaklah cuba melayan dan memenuhi kehendak isterinya seperti mana baginda bersama isterinya. Ini beberapa peristiwa Nabi melayan isterinya:

1. Nabi berlumba lari dengan aisyah (hadis Bukhari)
2. Nabi memanggil penyanyi pada hari raya untuk aisyah mendengarnya (hadis sahih)
3. Nabi bagi peluang kepada aisyah untuk melihat permainan tombak oleh org2 habsyah. Masa tu aisyah berada dibelakang nabi dan pipinya rapat dengan pipi Nabi. (hadis sahih Bukhari)
4. Aisyah dan Saodah melawak dengan depan Nabi. Mereka saling ambil makanan dan letak di muka madunya.

MUNAJAT

~~YA ALLAH DIRI INI TIDAK LAYAK MENDAPAT JODOH LANTARAN DOSA~~
~~TIDAK LAYAK UNTUK MENDAPAT JODOH YANG BAIK LANTARAN DOSA~~
~~TIDAK LAYAK MENDAPAT ZURIAT YANG BAIK LANTARAN DOSA~~
~~TIDAK LAYAK MASUK SYURGA MU LANTARAN DOSA~~

"TETAPI DENGAN RAHMAT MU KAMI BERHARAP AGAR ENGKAU BERIKAN KAMI JODOH YANG BAIK , YANG MENGHIBUR KAMI , YANG TAAT PADA KAMI, YANG MENEGUR KESALAHAN KAMI DENGAN BAIK, MENDAPAT ZURIAT YANG BAIK DAN MASUK KE DALAM SYURGA MU DENGAN PASANGAN KAMI DI DUNIA."

YA ALLAH TERIMALAH KAMI ..
TERIMALA DIRI INI
TERIMALAH DIRI INI.

Read more...

~~TANGISAN AKHIR RAMADHAN~~

Saturday, September 4, 2010


NAKHODA JALANAN

Pada lusuh pandang
Memahami lumrah kehidupan
Umpama kapal di lautan
Namun belum bias memaknakan pencarian
Kerana aku cuma nakhoda jalanan
Dalam perit perjalanan
Pada Ilahi kupanjatkan
Doa dan harapan
Moga dikabulkan

SENI NILAM

~Tatkala memandang masyarakat di sekeliling,air mata umpama mahu sahaja keluar dari kelopak,tetapi tersekat,barangkali malu dengan kewarasan akal yang sentiasa memandu jasad untuk berfikiran sebaiknya.Terkenang kembali saat kematian Baginda Rasululluh pada detik pelepasan roh daripada jasad.

Detik-detik Rasululllah SAW menghadapi sakaratul maut.Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning,burung burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasululllah dengan suara terbatas memberikan khutbah “Wahai umatku,kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya.Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkataan kepada kalian, Alquran dan Sunnah ku.Barang siapa mencintai sunnah ku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama ku.

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu per satu.Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca,Umar adanya naik turun menhan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukan kepalanya dalam-dalam.Isyarat itu telah datang,saatnya sudah tiba.”Rasullulah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu.Manusia tercinta itu,hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat,tatkala Ali dan fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.Di saat itu,kalau mampu,seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik detik berlalu.

Matahari kian tinggi,tapi pintu Rasulullah masih tertutup.Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelapah kurma yang menjadi alas tidurnya.Tiba-tiba diluar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.”Bolehkah saya masuk?”tanyanya.Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.

“Maafkanlah,ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,’Siapakah itu wahai anakku?”

“Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandagan yang mengetar kan.Seolah-olah bahagian wajah anaknya itu hendak di kenang.”Ketahuilah,dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malaikat maut,”kata Rasulullah,Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian di panggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?”tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.”Pintu-pintu langit telah terbuka,para melaikat telah menanti rohmu.Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu”,kata Jibril.Tapi itu ternyata tidak membuat Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan.”Engkau tidak senang mendengar kabar ini?”tanya Jibril lagi.”Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?”

“Jangan khuatir,wahai Rasul Allah,Aku pernah mendengar Allah berfirman kepada ku:”Ku haramkan syurga bagi siapa saja,keculi umat Muhammad telah berada didalamnya,”kata Jibril.Detik-detik semakin dekat,saatnya Izrail melakukan tugas.Perlahan roh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbh peluh,urat-urat lehernya menegang..

“Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini.”perlahan Rasulullah mengaduh.Fatimah terpejam,Ali yang disampingnya menunduk semakin dalan dan Jibril memalingkan muka.”Jijik kah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?”tanya Rasulullah pada malaikat penghantar wahyu.”Siapakah yang sanggup,melihat keksih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik,kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.”Ya Allah,dahsyatnya maut ini,timpakan saja semua sekasa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” BadanRasulullah mulai dingin,kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi..Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,Ali segera mendekatkan telinganya”Uuushiikum bis shalati,wa maa malakat aimanuku”,peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”Di luar ointu tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan “Ummatii,ummatii, ummatii”-”Umatku,umatku,umatku”Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini,mampukah kita mencintai sepertinya?Allahumma sholli a’ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi.Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.Kirimkan kepada sahabat -sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.
Amin.

Setiap kali aku mengingati kekasih Allah ini, seolah-olah hati dan jiwaku menangis. Aku tidak tahu kenapa. Sering kali mutiara suci berguguran daripada kelopak mataku...Rasulullah amat kasih pada umat baginda. Disaat kematian Bagingda sekalipun masih gagah untuk menyebut umatku,umatku,umatku.Tetapi kita?atau aku?atau...acapkali juga aku mendendangkan puisi semangatku walau dalam diam dan dalam tangisan sepi bila mengenang Rasulullah..Allah, temukan aku dengan Rasulullah..

Demi Allah
aku mencintai Allah
aku mencitai Rasulullah
aku mencintai syahid
aku rela darahku di padang juang
aku bercita-cita memiliki kuda
dan membawanya ke jalan juang..
aku mahu punya pedang
agar aku bisa menghunus ke perut lawan

Aku punya cita-cita di atas,sepertinya aku mahu syahid di medan perang..mahu bersama para syuhada,seringkali ada sahaja suara sumbang teman mentertawakan aku kerana aku ingin benar menunggang kuda..buat kutunggang ke jalan juang dan aku juga ingin benar punya pedang untuk kuhunus ke perut lawan,aku mahu darahku tumpah ketika berperang padahal aku ini muslimah.tidak layakkah aku?..atau masih ada tanggungjawab lain perlu aku selesaikan sebagai hambaNya,seorang anak,seorang pelajar,seorang muslimah atau seorang mad'u yang sentiasa kehausan usrah dan tarbiyah..Allahuakbar...Allah..Allah...

Aku menangisi perkaran yang berlaku dalam kalangan masyarakat sekarang..masih belum ada kefahaman akan ganjaran akhirat serta balasan akhirat..seringkali bermasam muka kerana hal-hal dunia yang bakal ditinggalkan..contohnya mungkin banyak..perebutan kuasa,harta benda,rasuah,penzinaan...dan yang sentisa mendapat liputan di dada akhbar kini ialah kes buang bayi..

AKU TIDAK PUNYA PUISI KEJAM untuk orang seperti ini..hanya aku cuma mampu berdoa agar insan yang melahirkan bayi tersebut dan membuang insan kerdil itu di bahu-bahu jalan agar segera kembali bertaubat kerana pintu taubat sentiasa terbuka sehinggalah pelepasan roh dari jasad..waktu itu..tiada guna lagi.

Entriku kali ini mungkin berbaurkan emosi sedikit..mungkin kerana ramadhan akan berlalu pergi..entah masih sempat atau tidak untuk ramadhan yang akan datang kerana aku juga bercita-cita tidak mahu menjadi umat akhir zaman..sedih...barangkali juga ini ramadhan dan syawal terakhir aku di tanah kelahiran..kerana penghijrahan yang bakal tiba tentu terhampar beribu simpang yang perlu aku tempuhi..Kuatkan aku Ya Allah..kerana mungkin aku sahaja yang merasakan hadirnya perasaan begini atau ramai juga di luar sana merasakan yang sama denganku..adakalanya kita merasakan segalanya cukup..wang,pakaian,makan,minum..alhamdulillah segalanya cukup..tapi tatkala bersendirian,seoalah-olah ada yang kurang..ada yang minta diisi..tapi apakah ia..aku menjadikan istighfar sebagai makanan percakapanku agar aku tidak dibuai perasaan yang asalnya daripada bisikan syaitan yang pastinya akan mengambil peluang untuk sentiasa memasuki ruang-ruang yang ada dalam pemikiran kita..tetapi Allah itu Maha Besar,sentiasa mengingatkan aku akan iman dan nikmat-nikmat permberianNya..terlalu banyak..jika dipersoalkan kita ini..hanyalah sekadar dua titik air mani yang tiada erti..tetapi Allah telah mengangkat kita ini sebaik-baik kejadian menjadi manusia..menjadi kalifah di muka bumi..Ya Allah..muhasabah diriku kali ini....

Dalam hati ada yang tiada
tapi apakah ia
ya ramadhan
tunjukkanlah jawapan
sementara kau masih bisa kutahan...........

Ramdahan bakal berlalu pergi..bahang syawal makin dirasai..syawal juga ialah kemenangan bagi manusia untuk kembali kepada fitrah. Fitrah manusia terhadap yang lain asasnya ialah persaudaraan.
Indahnya syawal kerana akan adanya bermaafaan dan ziarah -menziarahi..alhamdulillah..

Jauh di sudut hatiku,ada perasaan sedih hadir..seperti yang aku katakan tadi..adakah sempat untuk aku menemui ramadhan yang datang..dan barangkali ini juga ramadhan dan syawal terakhir aku di tanah kelahiranku sendiri..pastinya akah ada gerbang baru yang aku perlu tempuh selepas ini...gerbang yang ibaratnya sebuah kapal dilautan bersama pengemudi-pengemudi,anak-anak kapal..Ya Allah...kuatkan aku Ya Allah...hanya padaMu aku berhajat..kurniakanlah setiap langkahku adalah langkah kebaikan...

Kesempatan ini..buat diriku sendiri,kesemua orang tuaku,insan yangbakal menjadi pendampingku,guru-guru,keluarga usrah,keluaraga dakwah & tarbiyah, rakan-rakan penulis,sahabat SKSTAPOK,SMKBK,SMTS,SMTM,PMU,IIC dan semua sahabat FRIENDSTER,HI,FACEBOOK..diri ini memohon berjuta keampunan daripada Allah dan kalian semua,halalkan makan minum,redhai diri ini..doakan diri ini agar sentiasa istiqamah menuju jalan Allah...Allah..pelihara aku dan insan-insan yang mengenaliku agar kami semua terpelihara dalam kasih sayangMu..ameen...~~SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL YANG BAKAL TIBA~~

Read more...

SATU DUA PUISI

GADIS IDAMAN

Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN,
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN,
Maruah diri dipagari dengan KESOPANAN,
Dialah puteri indah RUPAWAN…
Tika gadis lain sibuk menghias diri,
Dia hias NUR ILAHI pada WAJAHnya…
Tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,
Dia selesa dengan bersama CintaNYA…
Tika gadis lain sibuk bermadah pujangga,
Dia TEKUN dengan BAIT kata TUHANnya…
Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA,
Dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba…
Gadis itu seperti MAWAR BERDURI,
Indah di pandangan namun sukar DIPEGANG,
Mulianya kerana KETAQWAAN,
Cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA…
Kerana itulah dikatakan dia…GADIS IDAMAN
Moga kitalah gadis yang dirindui SYURGA…

TALAK 2007(untuk si dia-buatmu insan yang menghilang)

Epilog semalamMasih berbekam
Umpama ruam
Cinta suami tiada ketemuan
Umpama malam tanpa seri
bulanLangit jadi kusam
Talak 2007Menghantar ke lembah diam
Gerak geri sopan
Walhal penuh dendamDalam diam
Walaupun hakikatnya menyedihkan
Cinta tetap adaYakni cinta Ilahi
Kekal abadiCuma pupuklah diri
Menghadap Ilahi
Dalam duniawi
Sementara ini


KHAS BUAT INSAN BERGELAR SUAMI“SERPIHAN KASIH”

Kukutip serpihan kasihmu
Ketika berada pada jalan dingin
Yang telah kau tinggalkan
Barangkali ada
Tapi cuma tinggal sisa
Barangkali boleh ditampalpada ruang kosong hati
Agar bisa dinikmatiTika perlu amat
Biar permata hati
Menjadi penawar duka
Pengusir keresahan
Jika kau carikcarik hatimu
Masih ada lagikah ruangUntuk kubersandar sebentar
Ketika lelah dan payah
Penyatuan insanadam dan hawa
Bukanlah seperti kad prabayar
Tapi akad nikah yang menghalal segala
Dalam gemersik kata
Akulah yang bertatih
Pada hati adammuKerana ianya memang tersurat
Akan erti penyerahan diri
Kasih isteri kepada suami
Namun harapanku bersandar pada angin
Terasa melibas pipi
Tapi bayang tiada
Kerana lafaz talak telah terpatri.

AKU MASIH MAHU MENJADI ISTERIMU

Jika kau hadir ke dunia
Sebagai putera
Aku rela menjadi Cinderella
Kita lakonkan kisah cinta
Menjadi lagenda

Jika kau hadir ke duniaTerbang menjadi kumbang
Lantas kumekari diri Menjadi bungaPenyeri taman
Jika kau hadir ke duniaSebagai bulan
Maka akulah sang pungguk Setia memandangmu
Jika kau hadir ke dunia Sebagai kertas Akulah tintanya
Kutulis puisi terindah
Untuk kita sulami
Dengan mekar kasih setiap madah

Jika kau hadir ke duniaUmpama penulis jalanan
Relalah aku sebagai penyajak bisuYang setia membawa tajam puisi cinta
Wahai lelakiCintamu tiada ketemuan akhirnya
Bila pudar sayang
Hancurlah cinta
Putuslah kasih
Talak 2007
Menghantarku ke lembah kaku
Tidak mampu menjadi ratu
Walau engkau sebagaiPutera
Kumbang
Bulan
Kertas
mahupun penulis jalanan
gagallah aku sebagaiCinderella
Bunga
Sang pungguk
TintaMahupun
penyajak bisu

Kerana talak 2007 telah terlaksana
Jika masa bisa berundur malu
Aku masih mahu menjadi isterimu


SEORANG ANAK

1.Berkumpul kasih ibumewangi cinta ayah
meninggalkan pengalaman pahitdi sudut hati

2.Senyum dan tawamuyang jernih
bagai memintasetitis ertipenyatuan seluruh mata angindari semua lautan:ke dalam ruang lapangyang lebih selesadan dewasa

3.Di sini, seorang anakberkumpul kasih ibumewangi cinta ayah
lahir daripada seribu rahsiayang tersimpan
nikmat kamar

4.Seluruh waktu tangismudi semua ladang:membakar kebiasaan tidur
hangus bersamaberahi mimpi

5.Adalah kebahagiaan yang mempesona
sehingga semua hujanmengisi seluruh ketandusansawah di desa

6.Musim
dirikuhitung hariku
kota katasambil mencatatsimpankangerak-geri waktuyang berubahseperti biasatetapi lain

7.Dan seluruh perbuatanyang bertentanganmenjemukan rasa hati
melemaskan diri

8.Lalu, seoarang anak
simbol penghubungikatan sebuah rumahtanggakeakhir zaman

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP