BERAPA RAMAIKAH???

Friday, January 13, 2012

إن في خلق السموات والأرض واختلاف الليل والنهار، وهناك دلائل على الحكمة والقوة واتساع رحمة الله بالنسبة لأولئك الذين يفهمون ، الذين يذكرون الله قياما وقعودا والاتكاء وأنها تفكر في خلق السماوات والأرض، وقال : "يا رب، انت لا يجوز جعل هذه الأمور من دون جدوى. المجد لك. يقدم لنا الخلاص من النار

" Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi serta pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda kekuasaan,kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal, Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah SWT semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan kejadian langit dan bumi sambil berkata "Wahai Tuhan kami,tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini sia-sia. Maha Suci Engkau. Maka peliharalah kami dari azab api neraka"

( ALI IMRAN : 190&191)



Assalammualaikum w.b.t dan alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk aku terus mengetik dan mengetik setelah sekian lama kulupakan blog ini buat seketika, bukan kekeringan idea atau rajuk dihati tetapi masa yang ada dibutuhkan dengan hal-hal yang lebih memerlukan komitmen sebagai hambaNya,isteri,anak,pendidik,sahabat dan apa sahaja tanggungjawab yang digalas.


Sebenar-benar syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat dan Iradat yang dipinjamkan sebentar pada kita semua,padahal sangatlah sukar untuk kita melaksanakan sebenar-benar syukur sebagai hambaNya..Astagfirullahal A'zim

Lihat sahaja kebiasaan yang telah menjadi darah daging atau rutin harian sekarang ini,seakannya dunia benar-benar di hujung jari, berapa ramaikah yang memilih untuk terus, terus dan terus menghadap laptop malahan sanggup berjaga semata-mata untuk "up date status" ?

Berapa ramai yang memilih untuk terperap di dalam bilik setia mengetik papan kekunci sementelahan tetamu atau sanak saudara di ruang tamu??

Berapa ramai yang memilih untuk mempunyai masa sendiri atau dengan kata lain telah ada waktu yang khas untuk memandang muka laptop daripada bertegur sapa dengan jiran tetangga, mengambil tahu kebajikan jiran, sehinggakan hilang dan terjejas budaya melayu islam..

dan berapa ramai yang lebih memilih untuk berkongsi rasa hati di alam maya berbanding Maha pencipta,padahal jika resah dan kesakitan jiwa, Allahlah yang setia bersama dan keluargalah yang utama...

Berapa ramaikah di luar sana yang memilih untuk meluahkan kemarahan,kegembiraan,keghairahan cinta, kebodohan akal atau apa sahaja yang bakal menjadi status terhebat mahupun "like' yang terbanyak daripada memilih untuk berkongsi hal-hal agama, nasihat-menasihati, menggunakan bahasa yang baik sekaligus melambangkan identiti melayu islam, berapa ramai?

Pada pendapat peribadi insan seperti aku,inilah fitnah yang meracun dan membunuh seluruh jiwa raga serta medium syaitan untuk mengarah jiwa dan kalbu daripada mengingati Allah..Astaghfirullah A'zim

Hakikatnya, aku bukan menolak kemajuan dan aku tidaklah mengisytiharkan diriku berperang dengan alam maya, kerana aku sendiri punya mukabuku,yahoo messenger,blog atau yang seerti dengannya, dan aku juga menggunakan khidmat serta kemudahan internet untuk melancarkan urusan harian seperti pembayaran bil,tempah tiket,"online banking', menggali maklumat terkini mengenai isu semasa,tetapi lama-kelamaan pada pengamatanku alam maya telah menjadi racun yang membunuh dalam diam kepada pengguna yang lebih memilih untuk bukan melayari internet seminimunnya tetapi keras aku katakan lebih memilih untuk melayari gelora nafsu semata.



Wahai sahabat-sahabatku,wahai kesayangaku,marilah kita beristighfar dengan segala kelalaian kita selama ini dalam penggunaan alam maya..mana yang boleh di "delete" maka "delete" kanlah sebelum manjadi penyedap mata bukan muhrim,( kesian ayah/abah/bapak/abi/waled/abang tanggung kesakitan di akhirat kelak) mana yang masih "terbuka" usahakanlah dengan perlahan-lahan untuk menutup sekalipun lambat,tetapi asalkan ada usaha daripada berpeluk tubuh sahaja, mana-mana " comment" yang berbaur pujian/hinaan yang boleh membangkitkan keghairahan/riak/atau permusuhan sebaiknya di " delete", yang mana boleh di " hide" "hide" kanlah..mana-mana yang telah bertutup sempurna,bersyukurlah atas hidayah dan nikmat itu tetapi sentiasalah perbetulkan niat kerana boleh jadi jika " yang terbuka itu bertaubat,maka taubatnya lebih mulia daripada yang bertutup"- RENUNG-RENUNGKANLAH- Ini tidak lain hanyalah semata-mata sayangNYA aku pada kalian, INSYA-ALLAH selepas ini mudah-mudahan hadir ketenangan dan hilang keluh kesah dalam kehidupan seharian, atau boleh aku katakan kita semua akan khusyuk solat tanpa memikirkan segala kelalaian yang telah dilakukan sedar atau tidak tadi. INSYA-ALLAH,dan sekiranya kalian menemukan mana- kelalaianku,maka tegurlah aku DENGAN SEBAIK KATA DAN SECARA PERIBADI sebelum aku diibaratkan KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN.

Maka segalanya ini ialah tentang PILIHAN..Kita sendiri perlu bijak memilih atas dasar apa penggunaan sesuatu kemudahan itu.Aku mengingati diriku sekeras-kerasnya kerana apa yang digunakan,disampaikan atau ditunjukkan pada masa ini..hakikatnya bakal kita tinggalkan dan pasti disoal di akhirat kelak..


"ليس هناك إله إلا اليك ، والمجد والثناء لك." يا رب ، لقد ارتكب خطأ وإني ظلمت نفسي ، فاغفر لي. "انت الفن أفضل الغفور، وليس هناك إله إلا اليك، وانت وجميع القدوس الثناء اليك. "يا رب ، لا بد لي من فعل الشر والظلم لنفسي ثم لدي شفقة على لي. انت الفن الرحيم لا إله إلا اليك ، فسبحان اليك والثناء اليك يا رب ، لقد فعلت خطأ وإني ظلمت نفسي اغفر لي ". أنت متقبل التوبة والله الرحمن الرحيم

" Tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau dan segala puji bagimu. Wahai Tuhanku, aku telah melakukan kejahatan dan aku telah menzalimi diriku,maka ampunilah daku. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pengampun. Tidak ada Tuhan melainkan Engkau, maha Suci Engkau dan segala puji bagiMu. Wahai Tuhanku, aku telah melakukan kejahatan dan aku menzalimi diriku maka kasihanilah daku. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasihani. Tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau dan segala puji bagiMu. Wahai Tuhan, aku telah melakukan kejahatan dan aku telah menzalimi diriku maka ampunilah aku. Sesungguhnya Engkau Penerima Taubat dan Maha Pengasihani"

Ammen Ya Robbal Alami..

Read more...

MANA KITA PUNYA??

Thursday, May 19, 2011

Mana milik kita, Tidak ada milik kita, Semua yang ada, Allah yang punya, Tidak ada kita punya, Kita hanya mengusahakan saja, Apa yang kita dapat, Allah sudah sediakannya, Kita Allah punya, Dunia ini ciptaan-Nya, Miliklah apa saja, Tidak terlepas dari ciptaan-Nya, Mana kita punya, Tidak ada kepunyaan kita, Kita hanya mengusahakan, Apa yang telah ada, Mengapa kita sombong, Memiliki Allah punya, Mengapa tidak malu, Kepada Allah yang empunya, Patut bersyukur kepada Allah, Yang memberi segalanya, Malulah kepada Allah, Kerana milik Ia punya, Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita, Kalau Allah tidak beri, Kita tidak punya apa-apa, Janganlah mengungkit, Mengungkit jasa kita, Jasa kita di sisi-Nya, Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur, Bukan berbangga, Bersyukur kepada Allah, Bukan mengungkit jasa, Gunakanlah nikmat Allah itu, Untuk khidmat kepada-Nya, Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

- Arwah Ustaz Asri-

Lirik lagu di atas pendek dan mudah difahami,yang penting sesiapa yang dengar dan faham pasti terkesan di hati. Semoga hatiku teguh untuk menghadapi hal keduniaan yang acapkali menduga keutuhannya. Sememangnya kita tiada punya apa..segalanya ialah PINJAMAN SEMATA. Allahu..

Read more...

DUHAI HATI YANG BERSEDIH

Friday, May 6, 2011


Duhai Hati Yang Bersedih
Sentiasa Pasakkan Sabar
Kerana Derita Tidak Jemu Mengejar
****


Pada lusuh pandang
Memahami lumrah kehidupan
Umpama kapal di lautan
Namun belum bias memaknakan pencarian
Kerana aku cuma nakhoda jalanan
Dalam perit perjalanan
Pada Ilahi kupanjatkan
Doa dan harapan
Moga dikabulkan

SENI NILAM
160608

Malam ini sungguh sunyi,bunyi kipas berpusing menemani satu jasad yang masih gagah menaip perihal teladan hidup manusia dan pengalaman diri. Bertemankan juga ghasidah merdu yang membuat hati merindui kekasih Allah, Akal sihat masih mampu untuk mendalami setiap inci hati yang di zahirkan kepada setiap gerak jari yang menaip. Alhamdulillah.

Terasa cepat masa berlalu,seakan tidak percaya masa pergi meninggalkan kita tanpa amaran atau peringatan. ACAPKALI MERANCANG SESUATU DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG, TETAPI KADANG KALA LUPA BAHAWA YANG HAMPIR IALAH KEMATIAN MENJELMA.


"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Qs. Al-Manafiqun : 11)

Hampirkan kematian dengan kita,sedangkan punya perancangan yang jauh untuk teruskan kehidupan.Inilah perkara yang sering dilupakan atau tidak pernah ada dalam benak fikiran,yang ada cuma perancangan 10 tahun akan datang,apa yang perlu ada,RUMAH BESAR,KERETA MEWAH,PANGKAT,KEDUDUKAN,ISTERI ANAK???..Allahu..terlalu seram untuk aku fikirkan semua ini..




Memetik isi surat pemberian Imamku,yang bertajuk,WAHAI ISTERI,SURAT DARI SUAMI YANG KELUAR KE JALAN ALLAH S.W.T. tulisan ABU AVIROH ABIDAH & ABU NAVISAH Iaitu..



mukasurat 31:

Suamiku,Aku ingin rumah yang besar,

Aku ingin baju yang mahal,

Aku ingin makan enak,

Aku ingin..aku ingin..

--- lihatkan kehendak keduniaan ini---

dan lihat ini rintih seorang suami untuk semua kehendak isteri, mukasurat 10 :

Ya Allah,

Karena kesibukanku memenuhi hajat isteriku,

Aku lalai menjadi Naib NabiMu,

Aku kini malu jumpa kekasihMu,

Aku tak gembirakan hati SAYYIDUL MURSALIN,

Aku lempar SUNNAH-SUNNAH-NYA,

Dan aku asyik makan minum,

Bersama anak isteriku seperti hewan,

Sementara hati Nabi-Mu terkoyak-koyak...

****

Rumah yang besar,

taman yang besar,

Ingatlah..bahawa kenikmatan dunia ini tidak seutuhnya..(m/s 12)

Ketahuilah DUNIA ini BANGKAI, dan yang mengejarnya adalah ANJING (m/s 14)

---- Kehendak dunia inilah yang menjadi puncak hati lalai untuk merasa QANAAH( cukup) dan lalai untuk BERSYUKUR Pada nikmat yang telah Allah berikan. Duhai hati yang bersedih kerana perihal dunia..pasakan sabar kerana derita tidak jemu mengejar, kadangkalau derita itu menyamar dalam kesulitan.Maka bersabarlah duhai hati.Kata-kata ini menjadi kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang barangkali esok atau ketika ini mati----

Duhai hati yang bersedih kerana desakan hidup,saat engkau merasa engkaulah manusia yang paling miskin..paling tidak berdaya..paling hina..maka saat itu..menangislah engkau..bukan kerana engkau tidak punya apa..tetapi menangislah kerana engkau tidak sedar NIKMAT-NYA terlalu banyak..IMAN..ISLAM..KESIHATAN..AKAL..DAN HATI..Ya Allah betapa kita ini terlalu lalai..

Ya Allah,Jadikan Aku Dan Para Sahabatku Insan Yang Bersyukur, Jadikan Kami HambaMu Yang Kenal Diri-Mu, Persiapkan Kami Dengan Hati Yang Menyedari Nikmat Pemberian-Mu, Ya Allah, Permudahkan Segala Urusan Perjalanan Hidup Kami Dengan Mengingati Dekatnya Jemputan Ajal, Ya Allah, Cukupkan Apa Yang Kami Rasa Kurang, Ringankan Apa Yang Kami Rasa Berat..Ameen Ya Rabbal Alamin..



Wahai sahabatku di luar sana,wahai para adik yang sering memanggil aku KAKAK/SIS..wahai saudaraku yang merindui belaian tanganku ketika kamu menangis tidak berdaya..ketahuilah bahawa, tidak selamanya aku bersama kalian..kerana kematian itu terlalu hampir..Aku berharap agar kalian sudah mampu berdiri sendiri dan punya kekuatan akal dan hati untuk meneruskan dunia yang penuh kesulitan ini..sekurang-kurangnya, apabila ajal menjemputku,aku senang hati meninggalkan kalian yang sudah pandai membawa diri..ALHAMDULILLAH..

Read more...

RINDU SEORANG ISTERI..

Thursday, February 24, 2011


Alhmdulillah,syukur ke hadrat yang Maha Tinggi,segala pujian hanya untuk-Mu Ya Allah, Tuhan Semesta Alam Yang Maha Mengetahui akan segala hal di dunia mahupun seseninya, salam buat junjungan besar kekasih Allah,yakni Muhammad SAW, Insan Mulia lagi Terpuji,Kudendang sajak dan lagu rindu buatMu Ya Muhammad, menggetar rasa kerinduanku padaMu ya Muhammad.Ya Muhammad,Ya Muhammad...Allahu,Allahu..rindu Allah..rindu Muhammad..Subhanallah..

Tatkala ini,aku bertemankan ikim sebagai teman ,bunyi unggas berdebatan sesamanya tetap menjadi irama pagi sunyi yang gelap ini.Insomnia yang telah lama kuhidap masih tiada penawar,alhamdulillah,sekalipun Allah barangkali menarik nikmat tidurku,tapi Allah amat pemurah kerana menghadiahkan aku nikmat jaga malam yang bisa aku isi dengan fikir hati,fikir jasad dan fikir segalanya yang biasa oleh akal sihatku.Alhamdulillah.Sekarang ini, AKU MASIH SEPERTI SEBELUM, melayani hobi akalku yakni membaca,sambil ikim menjadi perencah irama,dan pena menari mengikut rentak lakaran seni jari sekalipun memegang status seorang ISTERI, alhamdulillah,syukur sebenar-benar SYUKUR, berjauhan sementara membuat aku lebih kenal akan diri sekalipun status bertukar daripada GADIS ke ISTERI. Berjauhan dengan imamku yakni suami yang paling kuhormati dunia dan akhirat,insyaAllah (kata maher zain,he) , hanya doaku agar di mana pun keberadaannya semasa KHURUJ FISABILILLAH,(keluar ke jalan Allah) semoga Allah melindungi dirinya dan jemaah yang lain.ameen.


Sebelum keberangkatan Imamku, pesan Imamku masih terngiang di telinga.." Abang mencintai Allah & Rasul, dan Abang menyayangimu isteriku"...Aku ikhlas melepaskan Imamku berjuang ke jalanNya..alhamdulillah..

Wahai para sahabatku yang bergelar ISTERI,usah risau akan Imam kita jika mereka khuruj fisabilillah,kerana pahala perjalanan dakwah mereka juga masuk ke 'account'pahala kita sekalipun kita sekadar berdoa..SUBHANALLAH,Mudah bukan?Alhamdulillah..

DAKWAH & TABLIGH KHURUJ FISABILILLAH
ERTI : Dakwah mengajak, Tabligh menyampaikan dan khuruj fisabilillah adalah keluar di jalan Allah.
Maksud
1. Memperbaiki diri, yaitu bagaimana agar dapat menggunakan harta diri dan waktu sebagaimana yang diperintahkan Allah.
2. Menghidupkan agama secara sempurna pada diri sendiri dan semua manusia diseluruh alam dengan menggunakan harta dan diri sendiri.
Fadhilah :
1. Allah berfirman : dan adakah yang perkataannya lebih baik daripada seseorang yang mengajak manusia kepada Allah.
2. Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk kebaikan dia akan mendapatkan pahala seperti orang yang mengamalkan.
3. Sepagi sepetang dijalan Allah lebih baik daripada mendapatkan dunia dan seisinya.
Cara mendapatkan :
1. Dakwahkan pentingnya dakwah dan tabligh.
2. Latihan dengan cara : keluar dijalan Allah minimal 4 bulan seumur hidup, 40 h setiap tahun, 3h setiap bulan dan 2,5 jam setiap hari. Tingkatkan dengan cara bertahap-tahap menjadi 4 bl tiap tahun, 10h tiap bulan dan 8 jam setiap hari.
3. Berdoa kepada Allah agar diberikan hakekat dakwah dan tabligh yaitu dapat menggunakan harta, diri dan waktu untuk kepentingan agama.


Ya Sahabiah..Subhanallah..
*Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

*Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

*Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

*Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

*Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

*Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

*Wanita yang menyebabkan sumainya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari ketana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.


*Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan "Bismillah" didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

*Wanita yang menguli tepung dengan "Bismillah" Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

*Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

*Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

*Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

*Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira masti syahid.

*Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

*Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

*Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

*Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

*Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.
Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

*Jika suami mengajar satu maslaah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

*Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah ALlah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

*Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

*Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.


SUBHANALLAH,sejujurnya air mata aku mengalir ketika membaca segala ini,betapa aku ingin untuk menjadi isteri yang terbaik,yang sempurna untuk Imamku, YA ALLAH,AKU TAHU AKU TIDAK AKAN DAPAT MENCAPAI TAHAP SEMPURNA ATAU TERBAIK DALAM APA HAL SEKALIPUN, TETAPI YA ALLAH, BIARLAH AKU MATI DALAM KEADAAN AKU BERUSAHA DARIPADA TIDAK MELAKUKAN APA-APA, mohon taufiMu Ya Allah..ya Aku Tahu pernikahan aku baru berusia 2MINGGU 6HARI,IBARATNYA SETAHUN JAGUNG..sesungguhnya,benar..aku merindui Imamku..

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: " Seorang wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya pula redha kepadanya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sepertimana pahala puasa fisabilillah. Bila dia merasa sakit ketika akan melahirkan, maka Allah tambah lagi pahala yang tidak terkira oleh manusia oleh kerana terlalu banyaknya. Bila telah melahirkan anak dan dia menyusu dengan susunya sendiri, maka setiap teguk susunya Allah berikan satu kebajikan. Bila dia semalaman tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sekejap-sekejap menangis, sakit dan sebagainya maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam Fisabilillah dengan ikhlas." (Hadith Riwayat Hassan bin Sofwan, AT Tabrani, Ibnu Asakir)


Mengenai layanan terhadap suami, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada anaknya Fatimah yang bermaksud: " Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, memotong kukunya maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan dia diringankan seksaan ketika sakaratul maut, dalam kubur dia perolehi taman-taman seperti taman syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi Titian SIrat tanpa menempuh kesusahan."


Ya Allah,perasaan apakah ini..terlalu mulus untuk aku bicarakan..
Ya Rasulullah..rindu aku padaMu..sungguh rindu sebenar-benar rinduu..Allahu..

YA SAHABAT..jika hati kalian mahukan ketenangan mencintai Allah,rasulullah,dan Imam kita..maka dunia ini bukan tempatnya,dunia ini gangguan untuk kita merasa nikmat cinta itu,dunia ini sepertinya neraka yang menggangu hubungan cinta kita pada Allah dan Rasul..Ya Allah,Aku Rindu,Ya Muhammad,Aku rindu,Ya Imamku,Aku rindu..Allahu..

~~ BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH,AKAN DAPAT BERLINDUNG DI BAWAH NAUNGAN ARASY ALLAH SWT DI AKHIRAT KELAK ~~

Read more...

Persis Siti Hajar,InsyaAllah

Monday, February 21, 2011


Al-kisah..Nabi Ibrahim dan Siti Hajar serta anak mereka lantas menuju ke Baitul Haram.

Siti Hajar adalah lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Segala kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.

Inilah iktibar kisah daripada al-Quran yang menggambarkan seorang isteri contoh yang menjadi lambang kewanitaan sejati. Kalau wanita Islam hari ini bersemangat kental seperti Siti Hajar, tentulah mereka akan sentiasa bahagia dan tidak akan mengenakan sekatan tertentu terhadap suami.

Contoh yang ditunjukkan oleh Siti Hajar, yang sanggup menempuh pelbagai kesusahan hidup semata-mata kerana taatkan perintah Allah dan suaminya, tidak syak lagi suatu contoh cukup baik untuk diteladani.

Kisah ketabahan Siti Hajar, turut mempunyai kaitan dan falsafah penting ketika umat Islam menunaikan ibadat haji sekarang. Sebab itulah bagi jemaah yang berada di tanah suci, sama ada ketika mengerjakan umrah atau haji, mereka difardu atau dirukunkan selepas tawaf di Batitullah al-Haram, menunaikan sai iaitu berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali. Ia bertujuan mengingati kembali falsafah penderitaan yang ditanggung Siti Hajar itu.

Berikut adalah sebahagian kisah pengorbanan Siti Hajar.

Dalam bahang terik mata hari di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim, menunggang unta bersama Siti Hajar. Perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.

Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Selepas kira-kira enam bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah.

Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.

Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.

Selepas Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu:

"Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?"

Tanpa memandang wajah isterinya, Nabi Ibrahim hanya mampu menganggukkan kepala. "Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tidak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini."

Nabi Ibrahim menjawab: "Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..."

Siti Hajar bertanya lagi: "Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?"

Kepiluan dan kesedihan Nabi Ibrahim, hanya Allah yang tahu. Katanya: "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah."

Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ.

Siti Hajar sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Ketika gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.

Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: "Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan." Suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya.

Ditabahkan hatinya dengan berkata: "Mengenai keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini."

Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta reda di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Doakanlah agar datang pembelaan Allah kepada kami," kata Siti Hajar.

Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: "Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."

Menitis air matanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan padu pada janji Allah, ditunaikan juga perintah Allah walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar.

Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku.

Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga kering sama sekali.

Anaknya Ismail menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu?

Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana.

Namun Siti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain, dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air.

Dia pun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air.

Tubuhnya keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail.

Pada waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku."

Selepas peristiwa itu, kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Makkah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Makkah menjadi tumpuan manusia.
*************************************************************************************

Ya Allah, Engkaulah yang menjadi asbab akan 4 perkara dalam hidupku, yakni, hidup mati,jodoh rezeki..hindarkan aku daripada mengeluh dengan pemberianMu..dan kerana hakikatnya Engkau telah mengatur segalanya, maka..pasakkan sabar,ikhlas dalam hatiku agar aku sentiasa redha dengan pemberianMu..Ya Allah..Jika jodoh pemberianMu itu telah sah di ijabkabul denganku..didiklah hatiku agar sentiasa tenang dan sabar dan pasakkan fikiranku agar aku sentiasa mengingatiMu dalam apa jua keadaan..Jadikan aku isteri yang IKHLAS menurut perintahMu dan Jodohku walau siapa pun dia. Ya Allah, teruskanlah memayungiku dan memelukku dalam kasih dan rinduMu..kerana yang pasti..aku sentiasa merindui tahajud denganMu kerana ketika bersujud, aku merasai nikmat CINTA bersamaMu bersama puisi cinta kita Ya Allah ~~

by:Seni Nilam

Alhamdulillah, Dua minggu telah berlalu. Perasaan yang ada dalam hatiku, hanyalah SYUKUR SEBENAR-BENAR SYUKUR. Saat lafaz sakinah ijab kabul..tepat jam 210pm 05 Ferbruari 2011 / 02 Rabiulawal 1432H,alhamdulillah,aku sah bergelar seorang isteri kepada zauji yang amat aku hormati.Seakan tidak percaya,menikah dengan lelaki yang begitu asing dan baru sahaja ketemu.Seakan tidak percaya! Allahuakbar..Walaupun tika ini,aku dan zauji berjauhan,tapi aku IKHLAS,aku IKHLAS untuk MEMAHAMI akan cintanya pada Allah& Rasulullah menuntut dia untuk khuruj fisabilillah dan berjauhan sementara denganku. Hanya secangkir doa semoga Allah melindungi keselamatannya sepanjang dia menyampaikan ayat-ayat cintaNya.Selainnya aku tidak layak untuk bicara soal kehidupan rumahtangga kerana usia pernikahan seumpana setahun jagung..insyaAllah,aku ikhlas akan jodoh daripadaNya ini. Sesungguhnya,perkahwinan bukanlah klimaks kebahagiaan dalam kehidupan,kerana di hadapan pasti berliku kali jalan yang bakal ditempuh.Ya Allah,jadikan aku PERSIS SITI HAJAR,INSYAALLAH.

Ya Allah..Akulah hamba yang sering berhajat padaMu,yang meminta segala kebaikan daripadaMu,yang mengharap dengan belas ihsanMu..apa yang aku ada,hanya kudrat doa memohon padaMu..

Ya Allah,Engkau Pasakkan Hati Kami Ini Dengan Iman,Takwa & Sabar Untuk Memperoleh RedhaMu Hingga Ke Syurga.Abadikan Ikatan Suci Kami Kekal Hingga Ke Syurga. Jadikanlah Suamiku Insan Yang Soleh & Diriku Isteri Yang Solehah Agar Sentiasa Meraih CintaMu Dunia & Akhirat.Murahkan Rezeki,Permudahkan Urusan & Kurniakanlah Anak-anak Yang Bakal Menjadi Pejuang Islam Untuk kami & Agama. Semoga Sentiasa Dalam Cinta & KasihNya, Ameen Ya Rabbal Alamin.

Read more...

TIADA RAHSIA LAGI

Wednesday, January 26, 2011


Assalammualaikum salam segala kedamaian pada ALLAH SWT,JUNJUNGAN BESAR KEKASIH-NYA,YA RASULULLAH,PARA MALAIKAT,PARA SAHABAT,PARA NABI,PARA ANBIYA' DAN SELURUH ISI ALAM YANG SENTIASA BERTASBIH MEMUJI AZZA WAJALLA.

~KATA-KATA PENYEJUK JIWA HARI INI~
" Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau hatimu tak lagi mampu lagi bertahan,belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam IMAN, walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada ALLAH walau DIA tiada kelihatan..bukti kasihNya,kita WUJUD didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui KEIMANAN KEPADA-NYA. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu,perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah PENGABADIAN yang HAKIKI LAGI ABADI, moga lelahmu dihargai ILAHI walau dicemuh INSANI "- Diari Mukminah 2010.

YA ALLAH,Akulah hambaMu yang hanya punya daya meminta untuk ENGKAU YANG PUNYA SEGALA,Akulah hamba yang berhajat memohon keampunan kepadaMu YANG MAHA PENGAMPUN, tiadalah nikmat yang dapat dibanding nilai taranya melainkan nikmat KEAMPUNAN DAN KEREDHAAN-MU,Akulah hamba yang tidak pernah jemu mengemis cintaMu disepertiga malam bersama lelehan air mata untuk menginsafi dosa diri. YA ALLAH, Akulah hambaMu yang tiada daya lagi untuk aku bicarakan isi hati menyatakan syukurku untuk HIDAYAH-MU,
Ya Allah,matikan aku dalam kalangan hambaMu yang BERSYUKUR.YA ALLAH, AKULAH HAMBAMU YANG MENYERAH UNTUNG RUGI HIDUPKU DALAM PENGETAHUAN-MU.AKULAH HAMBA YANG MENGEMIS SEGALA KEBAIKAN DARIPADA ENGKAU YANG MAHA PEMBERI KEBAIKAN..ALLAH..YA ALLAH..

Tiba-tiba Jari Seakan-Akan Perlahan Jentikannya Pada Papan Kekunci,Getaran Mengetik Juga Kurang Kali Ini, Adakah Soal Hati Mengunci Pergerakan Jari? Atau Aku Sekarang Ini Menghitung Hari?

Kelapangan yang ada untuk entri kali ini, sedaya upaya di manfaatkan agar yang entri yang dikongsi bersama sahabat tidak lain ialah untuk kita merasakan betapa rendahnya diri kita sebagai hamba YANG SENTIASA BERHAJAT PADA ALLAH.Dalam persekitaran dunia, sering terdengar keluh kesah akan hal untung nasib diri,terutama akan hal 4 PERKARA yakni HIDUP MATI JODOH REZEKI.

" hei,apalah nasih HIDUP ,selalu sahaja ditimpa kesusahan,lebih baik MATI" ASTAGHFIRULLA HAL AZIM, dialog ini sering kali aku mendengarnya tatkala manusia baru sahaja di uji dengan ujian umpama buih di lautan. Aku sedaya upaya mengamati hatiku agar aku tidak akan pernah mengungkap dialog itu.YA ALLAH..

SAHABAT-SAHABATKU YANG AMAT KUCINTAI, usahlah terlau cepat melatah akan nasib untung rugi diri,tenangkan hati dan beristighfarlah agar akal waras kita berfungsi sebaiknya. Sebaiknya kita mohon pada Allah dipanjangkan umur dalam BERIBADAH dan BERAMAL..

" Bilalah JODOH Aku ni,orang lain dah beranak pinak,aku masih bujang sepi/ dara tua"
ALLAHUKBAR, sahabat-sahabat yang amat kucintai, Allah itu tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya, JODOH itu perkara yang pasti,cuma lambat atau cepat.Soal jodoh bicara mana pun pasti tidak akan bisa menyelesaikan persoalan masa kerana jodoh itu tetap akan menjadi rahsia Allah sehinggalah tiba masanya.

Sepanjang proses pentarbiyahanku untuk mencintai agama Allah,HIDAYAH ialah nikmat yang terlalu berharga,nilainya bukan wang sebagai cagaran atau kereta mewah sebagai gadaian, HIDAYAH ialah PETUNJUK yang adanya pengisian mantap naluri hati yang mencari dan mabuk dalam kecintaan Allah. HIDAYAH akan membawa hati dan jasad untuk memaku fikiran dan kesatuann tubuh badan dalam pengabdian diri pada Allah, SUBHANALLAH, maka akan terpamerlah ibadah-ibadah dan segala amalan demi CINTA KEPADA YA ROBBUL IZZATI. Ya Allah indahnya..maka ketenangan akan menjadi MILIK HATI,mudah sekali.tidak perlu membunuh diri untuk mati agar tidak memikirkan SOAL HIDUP MATI JODOH REZEKI,pendeknya akal jika segalanya DUNIAWI.

Kugagahkan jasad diri untuk entri kali ini,kerana saat ini,aku sedang menghitung hari untuk bergelar seorang zaujah/isteri,SUBHANALLAH. Status GADIS akan berubah dalam beberapa hari. Maka TIADA RAHSIA LAGI.

Untuk seorang gadis biasa seperti aku ini,tiadalah pengharapan besarku melainkan aku kekal dan istiqamahku dalam amalan meraih cinta ALLAH yang TERLALU NIKMAT.Aku berharap segala kecintaanku pada ROBBUL IZZATI dan RASULULLAH akan terus mekar sekalipun sebelum dan selepas menikah. Untuk kecintaanku kepada bakal zauji/suami, apalah sangat aku ini melainkan harapan agar dia lelaki pilihan ALLAH yang kuterima IKHLAS SEMATA-MATA KERANA ALLAH,MENDUKUNG SUNNAH RASULULLAH sekalipun aku tidak pernah menemuinya. YA ALLAH,PILIHAN-MU IALAH PILIHAN TERBAIK,AKU YAKIN AKAN JANJI-MU.TIDAK DI DUNIA,DI AKHIRAT ITU PASTI.

Apalah sangat dengan nikmat di dunia ini,sekalipun aku bergelar seorang zaujah yang dipinjamkan ALLAH Sebentar cuma kepada bakal zauji,nikmat dan AMANAH sebagai seorang zaujah yang pastinya akan ditanya di akhirat kelak,pasti satu hari,aku di ambilNYA KEMBALI,Kerana AKU TETAP MILIK HAKIKI ALLAH KECINTAANKU.

Kesempatan ini, kusampaikan salam jemputan keluargaku untuk sahabat-sahabat yang mengenali Seni Nilam untuk sama-sama mengimarahkan walimatul urus yang akan berlansung pada 6 FEBRUARI 2011 / 3 RABIULAWAL,bertempat di NO 519,KPG STAPOK,JLN BATU KAWA,93250 KUCHING,SARAWAK BUMI KENYALANG. Semoga dengan kehadiran,akan sama-sama kita beroleh keredhaan Allah. AMEEN4.
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA,INGAT INSAN TERSAYANG

~~ Ya Allah, Engkaulah yang menjadi asbab akan 4 perkara dalam hidupku, yakni, hidup mati,jodoh rezeki..hindarkan aku daripada mengeluh dengan pemberianMu..dan kerana hakikatnya Engkau telah mengatur segalanya, maka..pasakkan sabar,ikhlas dalam hatiku agar aku sentiasa redha dengan pemberianMu..Ya Allah..Jika jodoh pemberianMu itu telah sah di ijabkabul denganku..didiklah hatiku agar sentiasa tenang dan sabar dan pasakkan fikiranku agar aku sentiasa mengingatiMu dalam apa jua keadaan..Jadikan aku isteri yang IKHLAS menurut perintahMu dan Jodohku walau siapa pun dia. Ya Allah, teruskanlah memayungiku dan memelukku dalam kasih dan rinduMu..kerana yang pasti..aku sentiasa merindui tahajud denganMu kerana ketika bersujud, aku merasai nikmat CINTA bersamaMu bersama puisi cinta kita Ya Allah ~~

Read more...

~~AKULAH BANDUAN DI PENJARA NIKMAT~~

Thursday, January 13, 2011


Subhanallah, Maha Suci Allah, yang masih meminjamkan nikmat mengetik papan kekunci. Kekangan masa, sebagai hambaNya, pelajar, anak, sahabat serta manusia yang sentiasa berhajat padaNya membuatkan aku tidak bisa menjenguk blog ini.Alhamdulillah,tatkala ini aku di beri nikmat masa agar aku mempersiapkan entri untuk para sahabatku yang sentiasa bersama.

Mungkin entri kali ini berbaur aneh, banduan?penjara nikmat? tapi kenapa penjara nikmat.Siapakah banduan? Mungkin aku terlalu merindui,sehinggakan aku rela dipenjara..
Berdasarkan entri yang sebelum ini, Alhamdulillah.Setelah aku menamatkan pengajian di KOLEJ UIA, aku berjaya menjejakkan kaki dan menjadi pelajar di MADRASAH AD-DINIAH AL-BAKRIAH @ PONDOK PASIR TUMBOH. Inilah saat yang tidak mampu untuk akal sihatku menceritakan segala pengalamanku di sini. Sering kali aku mendengar kata-kata yang tidak pasti daripada mana sumbernya, " apalah masuk pondok,bukan ada sijil pun..nak makan apa ??

Emm..ada pun kata-kata itu, aku hanya bisa menghadiahkan senyuman dan tundukan kelopak mata, bukan beerti aku tidak mahu menjawab, tapi sebaiknya aku diam dan merasai sendiri pengalaman hidup sebagai pelajar pondok.Tapi apakah kaitannya dengan banduan dan penjara nikmat.Sebenarnya ia merupakan istilah metafora, pondok itu kuibaratkan seperti penjara nikmat, dan aku banduan,kerana aku amat rindukan pondok,aku lebih rela menjadi banduan di dalam penjara nikmat bersama kasih sayang para banduan lain(sahabat-sahabat yang sama talaqi kitab), penjara nikmat yang bebas akan hal keduniaan, penjara nikmat yang menyediakan nikmat ilmu serta amal,penjara nikmat yang memenjarakan aku daripada keduniaan.Subhanallah.Siapakah yang tidak rela dipenjara dengan terpelihar? Dan tiada nikmat yang perlu aku dustakan.

Perjalanan aku dari Kuala Lumpur ke Kelantan,setelah sahaja menamatkan ibadah camp yang bertempat di Janda Baik Pahang amat meletihkan akal dan anggota badan. Benarlah, inilah perjuangan aku semata-mata demi Ilmu Mu Ya Allah. Jika hendak dibandingkan dengan perjalanan para sahabat,para ulama.Terlalu jauh,acapkali dalam perjalanan aku menangis dalam diam,dan aku tawarkan dengan zikir, dan basahkan dengan nama Allah di bibirku agar aku sentiasa bersyukur dengan segala nikmatNya dalam mengenangkan kesusahan para ulama mencari ilmu dibandingkan dengan aku yang baru merasa cuma sedikit kesusahan. Tapi dengan iman dan akal yang sihat, menguatkan segala yang lemah dalam diriku.Aku yakin,Allah akan ada sentiasa memudahkan perjalananku selagi aku berada pada jalanNya.

Perkongsianku kali ini, ialah menceritakan serba sedikit pengalamanku sebagai pelajar pondok. PONDOK PASIR TUMBOH atau nama barunya MADRASAH AD-DINIAH AL-BAKRIAH,
Diasaskan pada tahun 1954M oleh 2 orang adik beradik iaitu Al-Marhum Tuan Guru Hj. Mustafa b. Abu Bakar dan adiknya Al-Marhum Tuan Guru Hj. Abdul Aziz b. Hj. Abu Bakar (1923M-1987M).

Pada peringkat awal penubuhannya, bilangan pelajar (lelaki) hanya 50 orang sahaja. Pengajian dijalankan di sebuah madrasah kayu yang berukuran 40x30 kaki sahaja.

LOKASI
Ia terletak kira-kira 11 km dari Bandar Kota bharu.
1 km. dari jalan utama Kota Bharu-Pasir Puteh dan berdekatan dengan perumahan Desa Darulnaim dan juga mini MRSM Pasir Tumboh.

MATLAMAT
*Menjadikan Pondok sebagai pusat pengajian Islam secara teori dan praktikal.
*Mencari keredhaan Allah serta menghapuskan kerosakan akhlak.
*Melahirkan generasi berilmu, beramal, berani dan bertaqwa.
*Melahirkan pelajar mahir serta memahami secara menadalam ilmu agama dengan *menjadikan Islam sebagai cara hidup.

ANTARA KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN UNTUK
PARA PELAJAR

1. Masjid jamek 4 tingkat
2. Surau dan tempat belajar.
3. Letrik
4. Air
5. Telefon Awam
6. Pejabat pentadbiran.
7. Perpustakaan dan bilik menjahit.
8. Bilik latihan menjahit.
9. Bilik Komputer
10. Bilik Mandi pelajar dan warga tua 6 buah.
11. Balang alat pemadam bomba - 90 biji
12. Kemudahan infratruktur lain seperti Kedai Kitab, Peralatan dan Makanan.

SISTEM PEMBELAJARAN

Pengajian Umumi (pelajar diberi kebebasan memilih mata pelajaran yang hendak diikuti)
Pengajian Nizami (secara kelas mengikut tahap kemampuan masing-masing)

MATAPELAJARAN YANG DIAJAR

1 - Feqah
2 - Nahu (Tatabahasa Arab)
3 - Balaghah (Sastera Arab)
4 - Soraf ( Ilmu kunci Bahasa Arab)
5 - Tasawwuf
6 - Tafsir
7 - Hadis
8 - Mantiq (Ilmu Logik)
9 - Sejarah Islam

Itulah sedikit sebanyak maklumat yang boleh aku kongsikan.Untuk pengalaman peribadiku,terlalu indah untuk dibicarakan..

Jadual sebagai pelajar pondok bukanlah hanya beribadah 24 jam, aku mahu menangkis kata-kata itu. Tempat peraduan kami cukup sederhana,tidur di madrasah cukup seronok bersama sahabat-sahabat lain. Dengan nikmat tidur di atas hamparan toto dan selimut itu cukup memadai.

AKTIVITI PAGI( seawal jam 5 pagi) :
* Solat sunat,amalan2 ibadah
* Solat Subuh Berjemaah
* Bacaan Mathurat
* Kitab Subuh- Sehingga jam 9 pagi

Selesai Kitab Subuh, pelajar boleh balik berehat ke pondok masing-masing untuk persiapan diri (mandi,makan,masak), waktu ni aku tidak boleh melupakan kenangan ini, masak bersama KHATIJAH ( di pondok kami gelar dia IBU,) dan AMIRAH. KHATIJAH berasal daripada Kuala Lumpur dan AMIRAH daripada IPT di TERENGGANU. Aku cukup senang dengan mereka, apa sahaja bahan masakan, kami masak dan makan berjemaah.Rezeki yang ada, kadangkala buat aku menangis dalam hati.Tterkenang makanan yang enak belaka tapi nafsu cuma,tapi di pondok,kami makan apa yang ada, ikan bilis,ikan kering, kicap, bubur nasi pun mengenyangkan,kami belajar untuk tidak mengeluh.Ppa sahaja keadaan, sentiasa diingatkan bahawa, ALLAH AKAN CUKUPKAN, perkara ini benar-benar mendidik hati serta kudratku untuk menjadi hambaNya yang bersyukur. Alhamdulillah.

AKTIVITI TENGAHARI- PETANG
1030 pagi- 1200 tengahari
* kitab fiqh wanita bersama KAK UMMU.
Waktu ini,pelajar boleh memilih sama ada untuk turut sama KITAB FIQH WANITA atau KITAB KUBUR ( digelar kitab kubur dalam kalangan pelajar kerana kelas berhampiran dengan kubur,jangan salah faham ya). Selesai kitab tengahari ini,pelajar boleh kembali ke pondok untuk persiapan diri sebelum ke madrasah semula untuk solat zohor berjemaah.Selesai solat zohor berjemaah,kitab zohor pula menunggu( SIFAT 20,AKIDAH) sehingga jam 3 petang kemudian pelajar balik semula ke pondok untuk persiapan diri,masak malam, dan bersiap untuk ke madrasah semula untuk kitab asar. Selesai kitab asar, kembali ke pondok untuk makan malam dan bersiap untuk solat maghrib berjemaah.

AKTIVITI PETANG - LEWAT TENGAH MALAM
Solat Maghrib berjemaah, kemudian kitab maghrib.Selesai kitab maghrib sehingga masuk waktu isya.Selepas isya tiada kitab dan digantikan dengan TASMIK AL-QURAN( al-quran di baca di hadapan muallimah, tidak akan di alih bacaan selagi tidak sempurna bacaan) dan BACAAN DALAM SOLAT dari jam 9 malam hingga 11 malam,kemudian jam 11 malam bacaan sebelum tidur,taaruf untuk pelajar baru, berghasidah,pengakuan kesalahan( ketua muslimat akan bertanya pada semua meuslimat," hari ini ada sesiapa buat silap"..bunyinya agak melucukan,tapi daripada inilah aku belajar untuk jujur pada diri sendiri,,dan masing-masing akan mengakui silap masing di hadapan pelajar muslimat lain, kami tidak malu mengaku kesilapan kerana kejujuran itu lebih nikmat. Antara kesilapan lazim ialah, tidak sempat solat berjemaah, di pondok, solat berjemaah itu wajib.Tepat jam 12 kami dibenarkan tidur. Begitulah serba sedikit pengisian sebagai pelajar pondok.

Ada sahabat-sahabat bertanya apa syarat untuk masuk pondok.Mungkin ada yang merasakan perlu untuk alim bidang agama,tahu bahasa arab dan yang sama erti denganya. Aku tidak tahu sistem pondok di tempat lain,tetapi di pondok pasir tumboh,syarat kemasukan ialah MAHU BELAJAR..tidak tahu bertanya,

Untuk pengalaman peribadiku sendiri, AKU MENCARI APA YANG AKU PERLU, dan tidak menerima segala ilmu itu bulat-bulat.Dan berani aku katakan, di pondok inilah tempat sebenar-benar untuk pencari ilmu Allah,di pondok berbeza d ipt, di pondok aku belajar hidup susah,makan apa yang ada,mandi pun air kolah, sejuknyaair kolah pun sejuk semulajadi, alhamdulillah qanaah dalam segala hal.Jika soal lain, pakaian,para muslimat wajib menutup aurat,kebiasaan kami menggunakan jubah berwarna hitam atau gelap begitu juga tudung labuh hitam atau gelap beserta niqob. Tidak susah bukan. Alhamdulillah segalanya mudah. Pergaulan kami dengan dunia amatlah kurang. Perjalana harian kami hanyalah setakat pondok ke madrasah dan sebaliknya. Tidak pernah aku melihat pelajar muslimin. Benarlah di sini, kami tidak memandang dan dipandang. Bersyukurnya. Alhamdulillah. Ya Allah,kuatkan aku jika aku di luar sana Ya Allah.Jika soal bayaran,rasanya di sinilah tempat paling murah, iaitu sebulan lebih kurang RM50, bayaran itu untuk api,air,dan pondok. Soal makanan tidak perlu dirisaukan,makanan mentah dan kering ada di jual di KEDAI UMMI,adakalanya ada sahaja makanan basah seperti ikan disedekah oleh penduduk kampung,topup pun ada di KEDAI LUAR DEKAT GERBANG, Alhamdulillah, segala bekalan
cukup di sini,soal telefon bimbit memang dilarang sama sekali, Jika ada, akan diserahkan pada ustaz dan akan dikembalikan setiap hari khamis untuk para pelajar berhubung dengan keluarga masing-masing.

Pondok ada peperiksaan ke? Sebenarnya sistem belajar di pondok lebih kepada talaqi kitab,( seperti guru menyampaikan mata pelajarannya kepada muridnya)di atas meja yang cukup sederhana kecil untuk diletakkan kitab.Selain itu juga, lebih kepada mengamalkan apa yang dipelajari dan sahabat-sahabat, terpulanglah pada hati, JIKA HATIMU KUAT MENUNTUT ILMU MAKA BERUSAHALAH, TETAPI JIKA SEKADAR SEBALIKNYA, SEGERALAH PULANG DAN CARI TEMPAT SEENAKNYA UNTUKMU.Kitab-kitab(MUHIMAH,HIDATUS SALIHIN,SIFAT20,FIQH WANITA DLL) bukan seperti kitab-kitab sekarang,ia ialah bahasa jawi lama yang memerlukan pengamatan yang fokus pada apa yang disampaikan oleh ustaz. Mula-mula agar sukar untuk aku sendiri faham dengan dialek kelantan,tapi aku cuba.Alhamdulillah.

Ya Sahabatku, sekalipun di pondok ini, tiada sijil, diploma,ijazah,tetapi jika hati dan kudrat telah dipasakkan IKHLAS untuk ilmu Allah,itu lebih nikmat ya sahabatku, dan sekalipun memperoleh sijil atau yang sama erti, anggaplah itu sebagai bonus dan aku tidak menolak itu. ILMU DUNIA DAN AKHIRAT PERLU SEIMBANG,agar bisa menjadi muslimah yang punya keduanya.

Sekarang aku berada di tanah air kusendiri, ikutkan hati,aku mahu tetap di penjara, mungkin terlalu merasa nikmat ilmuNya,kerana di penjara ini aku rasa bebas-sebebasnya dalam pengabdianku meraih ilmu Allah,tapi aku perlu kembali,menziarahi keluarga yang merindu serta melaksanakan tanggungjawab sebagai anakyang pasti,aku terlalu rindukan pondok,lambaian kasihku untukmu pondok,menjadi pelajar pondok mengajar aku erti BERSYUKUR akan segala nikmat Allah, sekalipun tidak mencukupi, jangan mengeluh, ALLAH AKAN CUKUPKAN .Allah mahu didik aku supaya menjadi muslimah yang SABAR & IKHLAS dalam menuntut ilmu..YA ALLAH..TERIMA KASIH..MATIKAN AKU KETIKA AKU MENUNTUT ILMU DAN MATIKAN AKU SEBAGAI HAMBA-MU YANG BERSYUKUR..AMEEN.

~~ AKULAH BANDUAN DI PENJARA NIKMAT ~~

Read more...

SATU DUA PUISI

GADIS IDAMAN

Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN,
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN,
Maruah diri dipagari dengan KESOPANAN,
Dialah puteri indah RUPAWAN…
Tika gadis lain sibuk menghias diri,
Dia hias NUR ILAHI pada WAJAHnya…
Tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,
Dia selesa dengan bersama CintaNYA…
Tika gadis lain sibuk bermadah pujangga,
Dia TEKUN dengan BAIT kata TUHANnya…
Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA,
Dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba…
Gadis itu seperti MAWAR BERDURI,
Indah di pandangan namun sukar DIPEGANG,
Mulianya kerana KETAQWAAN,
Cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA…
Kerana itulah dikatakan dia…GADIS IDAMAN
Moga kitalah gadis yang dirindui SYURGA…

TALAK 2007(untuk si dia-buatmu insan yang menghilang)

Epilog semalamMasih berbekam
Umpama ruam
Cinta suami tiada ketemuan
Umpama malam tanpa seri
bulanLangit jadi kusam
Talak 2007Menghantar ke lembah diam
Gerak geri sopan
Walhal penuh dendamDalam diam
Walaupun hakikatnya menyedihkan
Cinta tetap adaYakni cinta Ilahi
Kekal abadiCuma pupuklah diri
Menghadap Ilahi
Dalam duniawi
Sementara ini


KHAS BUAT INSAN BERGELAR SUAMI“SERPIHAN KASIH”

Kukutip serpihan kasihmu
Ketika berada pada jalan dingin
Yang telah kau tinggalkan
Barangkali ada
Tapi cuma tinggal sisa
Barangkali boleh ditampalpada ruang kosong hati
Agar bisa dinikmatiTika perlu amat
Biar permata hati
Menjadi penawar duka
Pengusir keresahan
Jika kau carikcarik hatimu
Masih ada lagikah ruangUntuk kubersandar sebentar
Ketika lelah dan payah
Penyatuan insanadam dan hawa
Bukanlah seperti kad prabayar
Tapi akad nikah yang menghalal segala
Dalam gemersik kata
Akulah yang bertatih
Pada hati adammuKerana ianya memang tersurat
Akan erti penyerahan diri
Kasih isteri kepada suami
Namun harapanku bersandar pada angin
Terasa melibas pipi
Tapi bayang tiada
Kerana lafaz talak telah terpatri.

AKU MASIH MAHU MENJADI ISTERIMU

Jika kau hadir ke dunia
Sebagai putera
Aku rela menjadi Cinderella
Kita lakonkan kisah cinta
Menjadi lagenda

Jika kau hadir ke duniaTerbang menjadi kumbang
Lantas kumekari diri Menjadi bungaPenyeri taman
Jika kau hadir ke duniaSebagai bulan
Maka akulah sang pungguk Setia memandangmu
Jika kau hadir ke dunia Sebagai kertas Akulah tintanya
Kutulis puisi terindah
Untuk kita sulami
Dengan mekar kasih setiap madah

Jika kau hadir ke duniaUmpama penulis jalanan
Relalah aku sebagai penyajak bisuYang setia membawa tajam puisi cinta
Wahai lelakiCintamu tiada ketemuan akhirnya
Bila pudar sayang
Hancurlah cinta
Putuslah kasih
Talak 2007
Menghantarku ke lembah kaku
Tidak mampu menjadi ratu
Walau engkau sebagaiPutera
Kumbang
Bulan
Kertas
mahupun penulis jalanan
gagallah aku sebagaiCinderella
Bunga
Sang pungguk
TintaMahupun
penyajak bisu

Kerana talak 2007 telah terlaksana
Jika masa bisa berundur malu
Aku masih mahu menjadi isterimu


SEORANG ANAK

1.Berkumpul kasih ibumewangi cinta ayah
meninggalkan pengalaman pahitdi sudut hati

2.Senyum dan tawamuyang jernih
bagai memintasetitis ertipenyatuan seluruh mata angindari semua lautan:ke dalam ruang lapangyang lebih selesadan dewasa

3.Di sini, seorang anakberkumpul kasih ibumewangi cinta ayah
lahir daripada seribu rahsiayang tersimpan
nikmat kamar

4.Seluruh waktu tangismudi semua ladang:membakar kebiasaan tidur
hangus bersamaberahi mimpi

5.Adalah kebahagiaan yang mempesona
sehingga semua hujanmengisi seluruh ketandusansawah di desa

6.Musim
dirikuhitung hariku
kota katasambil mencatatsimpankangerak-geri waktuyang berubahseperti biasatetapi lain

7.Dan seluruh perbuatanyang bertentanganmenjemukan rasa hati
melemaskan diri

8.Lalu, seoarang anak
simbol penghubungikatan sebuah rumahtanggakeakhir zaman

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP