APABILA PERPISAHAN MULA MENJAMAH UKHUWAH..
Friday, July 23, 2010
APABILA PERPISAHAN MULA MENJAMAH UKHUWAH..
(Kulayangkan khas entri kali ini buat sahabat-sahabatku yang pernah menempuh jalan suka duka atas nama perjuangan menuju cinta Robbul Izzati- ADIK BERADIK USRAH@ALL4U,JIM,KARISMA,NAQIBAH-NAQIBAH,PERKEPIS,K-IIC,KBM, DAN SESIAPA SAHAJA YANG MENGENALI DIRI)
Salam alaik ya akhie ya ukhtie.. salam ukhuwah di sepanjang perjuangan kita atas dasar menegakkan kalimah Allah.. " Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah..dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"
Marilah kita sama-sama mengingati diri akan pengakuan di dalam hati terhadap diri masing-masing..sesungguhnya..Allah mengetahui segala-galanya..luangkan masa beberapa saat untuk kita meyakini dengan lebihutuh akan kalimah " Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah..dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah".. takbir..Allahuakbar..
Marilah kita sama-sama menginsafi diri agar segala ibadah dan amalan yang telah dilaksankan dan nyawa yang masih dipinjamkan oleh Allah Taala ..Astaghfirulluhhalazim...
Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 217 yang bermaksud: " sesiapa yang murtad antara kamu daripada agamanya( agama islam) kemudian mati dalam kekafirannya itu ,maka gugurlah segala amalan mereka di dunia dan akhirat. Mereka akan kekal menjadi penunggu nereka dan kekal di dalamnya selama-lamanya"..
Ya Allah..betapa hati in benar-benar takut dengan ayat-Mu Ya Allah..sahabat-sahabatku..marilah kita sama-sama saling beringat akan setiap ibadah dan amalan yang telah kita lakukan..adakah kita sabar dan ikhlas dalam menunaikan amanah yang telah diberikanNYA..adakah pengakuan serta amalan selama ini bertepatan dengan matlamat sebenar yang kita perlu laksanakan di muka bumi ini..Ya Allah..peliharalah kami semua Ya Allah..dari perasaan ria' dan takbur dengan ibadah dan amalan yang telah dilakukan..Ya Allah pandulah hati kami agar kami menjadi hambaMu yang merendah diri akan segala nikmat yang telah diberi..jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur tidak kira terhadap nikmat dan ujian yan Kau berikan..agar ibadah dan amal jariah kami adalah ikhlas keranaMU semata dan bukan atas nama manusia dan dunia..Argh!!..sungguh dunia amat menguji..peliharalah kami Ya Allah..
---Mengapa entri kali ini..sungguh berat untuk kuteruskan dan rentak jariku tidak seperti selalu..Ya Allah..sukar untukku ungkap dan olah jika sesuatu ini berkait rapat dengan kasih sayang yang telah tersimpul di dalam eratnya ukhuwah bersama sahabat-sahabatku--
Sahabat-sahabat yang aku rindui dan hormati..marilah kita semua sama-sama mengingati perjalanan akhir hidup seorang insan..yakni MATI..
MATI.. MATI.. -
" sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya,mereka itulah orang yang bijaksana" Firman Allah s.w.t.. " katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari daripadanya itu pasti mendatangi kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata. Kelak Dia akan memberitahu kamu segala yang telah kamu lakukan" Surah Al-Jumu'ah : 8
SAHABAT-SAHABATKU..
" sekadar Al-Fatihah"
sekadar al-fatihah
agar bisa menungkil rasa
buat sahabat
saat aku mengingatimu
wajah tenangmu mengisi minda
sememangnya aku maklum
suka duka kita
dalam perjuangan mencari cinta
namun pernahkah ada rindu
jika perpisahan menunggu??
sahabat.. cinta Illahi matlamat diri
payah benar perjuangan ini
sedang sahabat telah pergi
resah aku dalam parah
sahabat pergi dalam sejarah
sekadar Al-fatihah
sebagai hadiah
buatmu-sahabat....
Dengan bersaksikan segala kasih sayangku dengan nama Allah Yang Maha Pemberi Nikmat..bahawa aku sungguh menyayangi sahabat-sahabatku.aku pasti merindui saat suka duka dalam perjuangan kita dalam menggapai redhaNYA..rindu itu sentiasa pasti..aku punya berjuta kata..cuma masih kosong bicara..
Kesempatan ini..berjuta keampuanan kumohon daripada Allah taala dan sahabat-sahabatku jika PERPISAHAN MULA MENJAMAH UKHUWAH..ibu selalu pesan..usah kau kesali perpisahan,tapi kesalilah pertemuan..kerana itulah yang menerbitkan perpisahan.. Kebersamaan kita dalam ukhuwah ini..adakalanya pasti terhenti seketika.Tapi berhenti bukan beerti berakhir dan tidak peduli akan segala epilaog kenangan.kerana setiap dari kita punya matlamat yang perlu dilaksanakan..dan dalam perlaksanaan itu..pasti menuntut berjuta pengorbanan dan salah satunya..PERPISAHAN....cuma yang pasti jalan di hadapan perlu diteruskan atas nama amanah Ilahi yang perlu dilaksanakan.
0 comments:
Post a Comment