FIKIR..FIKIR..FIKIR..DAN TERUS BERFIKIR
Monday, August 23, 2010
Salam ya akhie ya ukhtie..insomnia ya kualami belum bertemu penawarnya..maka setiap masa yang dicuri oleh agen-agen insomnia ini, alhamdulillah kuiisi sebaiknya. Perkongsian bersama saudara yang jauh di rantauan menjanjikan kepuasan apabila kami berkongsi kisah masing-masing. Alhamdulillah, apatah lagi bulan ramadhan yang mulia ini, kadang kala kita alpa, maka teguran daripada sahabat-sahabat amatlah dinanti. syukran buat sahabat-sahabat yang mahu berbicara menemani waktu jaga aku ini.Kurenung kembali perjalanan di tanah semenanjung ini..setelah hampir 3 tahun berjuang dalam akademik, sebagai seorang hambaNya yang sentiasa mengemis dan merintih cintaNya, sebagai seorang pelajar, anak,sahabat dan apa sahaja gelaran yang seerti banyak memberi aku berjuta ilmu kehidupan yang secara rasminya jarang didapati di kuliah-kuliyah kebiasaan. Alhamdulillah, aku bakal menghampiri episod terakhir sebagai pelajar Al-kuliyah Al-islamiyah Al-alamiyah atau lebih dikenali sebagai International Islamic College ( IIC ). Tiada apa yang mulutku harus utarakan melainkan kesyukuran kepadaNya. Tempoh praktikal sebagai guru praktikum di SK DESA PETALING juga telah selesai kujalani ( 280610-200810 ). Barulah aku mengerti, kerjaya seorang guru bukanlah seperti apa yang aku fikirkan 20 tahun yang lepas apabila aku sendiri berada dan menjadi guru praktikal..SUBHANALLAH..Allah mahu mendidik aku menjadi insan yang ikhlas dan sabar dalam mendidik. Tugas seorang guru bukan sahaja mahu pelajar itu menjadi cerdik pandai, tetapi lebih daripada itu. Maka benar dan sungguh aku amat mengerti erti ikhlas dan sabar itu. Ya Allah. hanya padaMu aku mengucapkan syukur. Aku sayangMu Ya Allah..
Tatkala ini, mata masih belum bisa menurunkan kelopak. Barangkali akal ligat berfikir mengenai perancangan yang akan datang. Kemana halatuju selepas ini.Akal terus memanfaatkan fungsinya tanpa mengendahkan suara-suara halusku yang minta diri ini ditidurkan. Aku bakal kembali ke tanah air buat sementara waktu. Aku juga bakal meninggalkan sahabat-sahabatku yang telah sama merasa suka suka dalam dakwah dan tarbiyah, perjuangan akademik, usrah-usrah, halaqah, dan apa sahaja usrati yang pernah aku kenali.. dan acapkali akalku sering berfikir bahawa terlalu sedikit sumbanganku untuk agamaMu yaAllah..besarlah harapanku agar segala penglibatanku di tanah semenanjung ini diteruskan di tanah air nanti walaupun akan ada wajah-wajah baru yang akan aku ketemui. Namun itulah corak kehidupan..sering bertukar ganti namun jika ada matlamat yang sama yakni bersama-sama menegakkan kalimah Agung LAILAHAILLAH MUHAMMADURRASULULLUH, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan. Cuma mungkin persekitaran yang berbeza walhal tanah air sendiri.,dan boleh jadi bukan aku sahaja yang merasa perkara ini. Tentu sekali kakak2--kakak usrati yang lain juga mengalami perkara yang sama.
~~~~~~~insyaAllah, ya ALlah jadikanlah aku muslimah seteguh karang..sungguh aku mengharapkan kebaikan daripadaMu dalam apa sahaja yang aku kerjakan~~~~~~~
0 comments:
Post a Comment