~ SAYONARA KUALA LUMPUR~
Monday, November 1, 2010
Saujana - Nota Cinta
Andainya dapat ku menulis
Nota-nota cinta buat diri Nya
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga yang indah berseri
Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke syurga
Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada Nya
Kasehku balas cinta Nya
Setiaku balas kasih Nya
Kasihku kasih yang setia pada yang punya
Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat Nya
Akurku kebesaran Nya
Teragung Maha Suci Nya
Taatku hamba yang hina pada Pencipta
Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat Nya terus mencurah-curah
Nur hidayah Nya semakin cerah
**********************************************
Alhamdulillah..syukur dengan segala nikmat dan pemberian Allah kepadaku..hanya kalimah ini yang yang mampu aku utarakan setelah selesai menamatkan ' 22nd Ibadah Camp,29th-31 October 2010, Air Tenang Resort,Janda Baik, Pahang'..kenangan yang cukup indah..maka, dengan ini..maka tamatlah pengajianku di International Islamic College ( IIC)selama hampir 2Tahun,8Bulan..
Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah..Jika diizinkan pada tahun hadapan Majlis Konvokesyen akan diadakan di UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA-kampus utama IIC.
Jika bicara soal perjuangan dan kenangan sepanjang berada di Tanah Semenanjung, mungkin kehabisan dakwat untuk di coretkan..tapi itulah yang sebenarnya menjadi cebisan-cebisan perjuanganku dalam mencapai cita-cita ..alhamdulillah..aku amat bersyukur kerana cita-citaku seiiring dengan dakwah dan tarbiyah yang membuatkan aku merasa makin rendah diri pada Allah dan mendidik hatiku agar sentiasa bersyukur akan segala nikmat pemberianNya..DAN AKU RASA LEBIH TENANG..kerana dapat memenuhi impian insan tersayang untuk melihat aku menamatkan pengajianku. Terima kasih atas doa kalian insan kesayanganku..
InsyaAllah,selagi Allah masih meminjamkan akal dan ingatan yang baik kepadaku..tidak akan aku lupakan mereka ini..
~ Sahabat-sahabat pengajian di International Islamic College
~ Sahabat-sahabat Dakwah & Tarbiyah
~ Jamaah Islam Malaysia ( JIM-IKRAM)
~ Kelab Remaja Islah Malaysia ( KARISMA-JIM)
~ Naqibah-naqibah Usrah
~ Adik Beradik Usrah
~ Keindahan BersamaMU (KBM-JIM)
~ Kelab Remaja JIM ( KRJ)
~ Sahabat Dunia Penulisan
~ Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak
~ dan semua insan tersayang,saudara mara dan yang mengenali diri ini yang telah banyak membantuku di sepanjang perjuanganku
~~ Berjuta terima kasih di sepanjang ukhuwah kita yang mendidik aku seperti sekarang..terima kasih atas kebaikan kalian..sesungguhnya..tiada nilai harta yang mampu aku bayar melainkan doaku untuk kalian~~
~~Sekarang,iaitu hari ini ( 011110),minggu ini..aku bakal menjengah ke dunia baru..kehidupan baru..insyaAllah jika diizinkan dan dengan usahaku, aku akan menyambung pengajian sementara atau menjadi pelajar sementara di satu tempat, nama tempat tersebut biarlah menjadi rahsia dulu..dengan harapan aku kesana nanti, supaya makin mendidik hatiku menyintai Allah,mendambakan redhaNya..dan mengisi akal,jiwa dan pemikiranku dengan ilmu-ilmu islam..insyaALLAH..
~~InsyaAllah,perancangan jangka pendek buat masa sekarang ialah untuk bulan November ini, selama sebulan,aku akan memegang gelarang pelajar sementara di ....dan untuk Disember..aku akan kembali ke Tanah Airku,Bumi Kenyalang..Maka..satu lagi episod kehidupan akann bermula..Ya Allah..tiada upayaku melainkan dengan izinMU..Ya Allah, untuk episod kehidupan yang mendatang dan pastinya penuh ujian yang aku harapkan dapat mendidik hatiku terus menyintaiMu, mendidik diriku terus istiqamah dalam amalanku..Kau kurniakanlah kekuatan kepadaku tatkala aku perlu..ameen
0 comments:
Post a Comment