~~AKULAH BANDUAN DI PENJARA NIKMAT~~
Thursday, January 13, 2011
Subhanallah, Maha Suci Allah, yang masih meminjamkan nikmat mengetik papan kekunci. Kekangan masa, sebagai hambaNya, pelajar, anak, sahabat serta manusia yang sentiasa berhajat padaNya membuatkan aku tidak bisa menjenguk blog ini.Alhamdulillah,tatkala ini aku di beri nikmat masa agar aku mempersiapkan entri untuk para sahabatku yang sentiasa bersama.
Mungkin entri kali ini berbaur aneh, banduan?penjara nikmat? tapi kenapa penjara nikmat.Siapakah banduan? Mungkin aku terlalu merindui,sehinggakan aku rela dipenjara..
Berdasarkan entri yang sebelum ini, Alhamdulillah.Setelah aku menamatkan pengajian di KOLEJ UIA, aku berjaya menjejakkan kaki dan menjadi pelajar di MADRASAH AD-DINIAH AL-BAKRIAH @ PONDOK PASIR TUMBOH. Inilah saat yang tidak mampu untuk akal sihatku menceritakan segala pengalamanku di sini. Sering kali aku mendengar kata-kata yang tidak pasti daripada mana sumbernya, " apalah masuk pondok,bukan ada sijil pun..nak makan apa ??
Emm..ada pun kata-kata itu, aku hanya bisa menghadiahkan senyuman dan tundukan kelopak mata, bukan beerti aku tidak mahu menjawab, tapi sebaiknya aku diam dan merasai sendiri pengalaman hidup sebagai pelajar pondok.Tapi apakah kaitannya dengan banduan dan penjara nikmat.Sebenarnya ia merupakan istilah metafora, pondok itu kuibaratkan seperti penjara nikmat, dan aku banduan,kerana aku amat rindukan pondok,aku lebih rela menjadi banduan di dalam penjara nikmat bersama kasih sayang para banduan lain(sahabat-sahabat yang sama talaqi kitab), penjara nikmat yang bebas akan hal keduniaan, penjara nikmat yang menyediakan nikmat ilmu serta amal,penjara nikmat yang memenjarakan aku daripada keduniaan.Subhanallah.Siapakah yang tidak rela dipenjara dengan terpelihar? Dan tiada nikmat yang perlu aku dustakan.
Perjalanan aku dari Kuala Lumpur ke Kelantan,setelah sahaja menamatkan ibadah camp yang bertempat di Janda Baik Pahang amat meletihkan akal dan anggota badan. Benarlah, inilah perjuangan aku semata-mata demi Ilmu Mu Ya Allah. Jika hendak dibandingkan dengan perjalanan para sahabat,para ulama.Terlalu jauh,acapkali dalam perjalanan aku menangis dalam diam,dan aku tawarkan dengan zikir, dan basahkan dengan nama Allah di bibirku agar aku sentiasa bersyukur dengan segala nikmatNya dalam mengenangkan kesusahan para ulama mencari ilmu dibandingkan dengan aku yang baru merasa cuma sedikit kesusahan. Tapi dengan iman dan akal yang sihat, menguatkan segala yang lemah dalam diriku.Aku yakin,Allah akan ada sentiasa memudahkan perjalananku selagi aku berada pada jalanNya.
Perkongsianku kali ini, ialah menceritakan serba sedikit pengalamanku sebagai pelajar pondok. PONDOK PASIR TUMBOH atau nama barunya MADRASAH AD-DINIAH AL-BAKRIAH,
Diasaskan pada tahun 1954M oleh 2 orang adik beradik iaitu Al-Marhum Tuan Guru Hj. Mustafa b. Abu Bakar dan adiknya Al-Marhum Tuan Guru Hj. Abdul Aziz b. Hj. Abu Bakar (1923M-1987M).
Pada peringkat awal penubuhannya, bilangan pelajar (lelaki) hanya 50 orang sahaja. Pengajian dijalankan di sebuah madrasah kayu yang berukuran 40x30 kaki sahaja.
LOKASI
Ia terletak kira-kira 11 km dari Bandar Kota bharu.
1 km. dari jalan utama Kota Bharu-Pasir Puteh dan berdekatan dengan perumahan Desa Darulnaim dan juga mini MRSM Pasir Tumboh.
MATLAMAT
*Menjadikan Pondok sebagai pusat pengajian Islam secara teori dan praktikal.
*Mencari keredhaan Allah serta menghapuskan kerosakan akhlak.
*Melahirkan generasi berilmu, beramal, berani dan bertaqwa.
*Melahirkan pelajar mahir serta memahami secara menadalam ilmu agama dengan *menjadikan Islam sebagai cara hidup.
ANTARA KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN UNTUK
PARA PELAJAR
1. Masjid jamek 4 tingkat
2. Surau dan tempat belajar.
3. Letrik
4. Air
5. Telefon Awam
6. Pejabat pentadbiran.
7. Perpustakaan dan bilik menjahit.
8. Bilik latihan menjahit.
9. Bilik Komputer
10. Bilik Mandi pelajar dan warga tua 6 buah.
11. Balang alat pemadam bomba - 90 biji
12. Kemudahan infratruktur lain seperti Kedai Kitab, Peralatan dan Makanan.
SISTEM PEMBELAJARAN
Pengajian Umumi (pelajar diberi kebebasan memilih mata pelajaran yang hendak diikuti)
Pengajian Nizami (secara kelas mengikut tahap kemampuan masing-masing)
MATAPELAJARAN YANG DIAJAR
1 - Feqah
2 - Nahu (Tatabahasa Arab)
3 - Balaghah (Sastera Arab)
4 - Soraf ( Ilmu kunci Bahasa Arab)
5 - Tasawwuf
6 - Tafsir
7 - Hadis
8 - Mantiq (Ilmu Logik)
9 - Sejarah Islam
Itulah sedikit sebanyak maklumat yang boleh aku kongsikan.Untuk pengalaman peribadiku,terlalu indah untuk dibicarakan..
Jadual sebagai pelajar pondok bukanlah hanya beribadah 24 jam, aku mahu menangkis kata-kata itu. Tempat peraduan kami cukup sederhana,tidur di madrasah cukup seronok bersama sahabat-sahabat lain. Dengan nikmat tidur di atas hamparan toto dan selimut itu cukup memadai.
AKTIVITI PAGI( seawal jam 5 pagi) :
* Solat sunat,amalan2 ibadah
* Solat Subuh Berjemaah
* Bacaan Mathurat
* Kitab Subuh- Sehingga jam 9 pagi
Selesai Kitab Subuh, pelajar boleh balik berehat ke pondok masing-masing untuk persiapan diri (mandi,makan,masak), waktu ni aku tidak boleh melupakan kenangan ini, masak bersama KHATIJAH ( di pondok kami gelar dia IBU,) dan AMIRAH. KHATIJAH berasal daripada Kuala Lumpur dan AMIRAH daripada IPT di TERENGGANU. Aku cukup senang dengan mereka, apa sahaja bahan masakan, kami masak dan makan berjemaah.Rezeki yang ada, kadangkala buat aku menangis dalam hati.Tterkenang makanan yang enak belaka tapi nafsu cuma,tapi di pondok,kami makan apa yang ada, ikan bilis,ikan kering, kicap, bubur nasi pun mengenyangkan,kami belajar untuk tidak mengeluh.Ppa sahaja keadaan, sentiasa diingatkan bahawa, ALLAH AKAN CUKUPKAN, perkara ini benar-benar mendidik hati serta kudratku untuk menjadi hambaNya yang bersyukur. Alhamdulillah.
AKTIVITI TENGAHARI- PETANG
1030 pagi- 1200 tengahari
* kitab fiqh wanita bersama KAK UMMU.
Waktu ini,pelajar boleh memilih sama ada untuk turut sama KITAB FIQH WANITA atau KITAB KUBUR ( digelar kitab kubur dalam kalangan pelajar kerana kelas berhampiran dengan kubur,jangan salah faham ya). Selesai kitab tengahari ini,pelajar boleh kembali ke pondok untuk persiapan diri sebelum ke madrasah semula untuk solat zohor berjemaah.Selesai solat zohor berjemaah,kitab zohor pula menunggu( SIFAT 20,AKIDAH) sehingga jam 3 petang kemudian pelajar balik semula ke pondok untuk persiapan diri,masak malam, dan bersiap untuk ke madrasah semula untuk kitab asar. Selesai kitab asar, kembali ke pondok untuk makan malam dan bersiap untuk solat maghrib berjemaah.
AKTIVITI PETANG - LEWAT TENGAH MALAM
Solat Maghrib berjemaah, kemudian kitab maghrib.Selesai kitab maghrib sehingga masuk waktu isya.Selepas isya tiada kitab dan digantikan dengan TASMIK AL-QURAN( al-quran di baca di hadapan muallimah, tidak akan di alih bacaan selagi tidak sempurna bacaan) dan BACAAN DALAM SOLAT dari jam 9 malam hingga 11 malam,kemudian jam 11 malam bacaan sebelum tidur,taaruf untuk pelajar baru, berghasidah,pengakuan kesalahan( ketua muslimat akan bertanya pada semua meuslimat," hari ini ada sesiapa buat silap"..bunyinya agak melucukan,tapi daripada inilah aku belajar untuk jujur pada diri sendiri,,dan masing-masing akan mengakui silap masing di hadapan pelajar muslimat lain, kami tidak malu mengaku kesilapan kerana kejujuran itu lebih nikmat. Antara kesilapan lazim ialah, tidak sempat solat berjemaah, di pondok, solat berjemaah itu wajib.Tepat jam 12 kami dibenarkan tidur. Begitulah serba sedikit pengisian sebagai pelajar pondok.
Ada sahabat-sahabat bertanya apa syarat untuk masuk pondok.Mungkin ada yang merasakan perlu untuk alim bidang agama,tahu bahasa arab dan yang sama erti denganya. Aku tidak tahu sistem pondok di tempat lain,tetapi di pondok pasir tumboh,syarat kemasukan ialah MAHU BELAJAR..tidak tahu bertanya,
Untuk pengalaman peribadiku sendiri, AKU MENCARI APA YANG AKU PERLU, dan tidak menerima segala ilmu itu bulat-bulat.Dan berani aku katakan, di pondok inilah tempat sebenar-benar untuk pencari ilmu Allah,di pondok berbeza d ipt, di pondok aku belajar hidup susah,makan apa yang ada,mandi pun air kolah, sejuknyaair kolah pun sejuk semulajadi, alhamdulillah qanaah dalam segala hal.Jika soal lain, pakaian,para muslimat wajib menutup aurat,kebiasaan kami menggunakan jubah berwarna hitam atau gelap begitu juga tudung labuh hitam atau gelap beserta niqob. Tidak susah bukan. Alhamdulillah segalanya mudah. Pergaulan kami dengan dunia amatlah kurang. Perjalana harian kami hanyalah setakat pondok ke madrasah dan sebaliknya. Tidak pernah aku melihat pelajar muslimin. Benarlah di sini, kami tidak memandang dan dipandang. Bersyukurnya. Alhamdulillah. Ya Allah,kuatkan aku jika aku di luar sana Ya Allah.Jika soal bayaran,rasanya di sinilah tempat paling murah, iaitu sebulan lebih kurang RM50, bayaran itu untuk api,air,dan pondok. Soal makanan tidak perlu dirisaukan,makanan mentah dan kering ada di jual di KEDAI UMMI,adakalanya ada sahaja makanan basah seperti ikan disedekah oleh penduduk kampung,topup pun ada di KEDAI LUAR DEKAT GERBANG, Alhamdulillah, segala bekalan
cukup di sini,soal telefon bimbit memang dilarang sama sekali, Jika ada, akan diserahkan pada ustaz dan akan dikembalikan setiap hari khamis untuk para pelajar berhubung dengan keluarga masing-masing.
Pondok ada peperiksaan ke? Sebenarnya sistem belajar di pondok lebih kepada talaqi kitab,( seperti guru menyampaikan mata pelajarannya kepada muridnya)di atas meja yang cukup sederhana kecil untuk diletakkan kitab.Selain itu juga, lebih kepada mengamalkan apa yang dipelajari dan sahabat-sahabat, terpulanglah pada hati, JIKA HATIMU KUAT MENUNTUT ILMU MAKA BERUSAHALAH, TETAPI JIKA SEKADAR SEBALIKNYA, SEGERALAH PULANG DAN CARI TEMPAT SEENAKNYA UNTUKMU.Kitab-kitab(MUHIMAH,HIDATUS SALIHIN,SIFAT20,FIQH WANITA DLL) bukan seperti kitab-kitab sekarang,ia ialah bahasa jawi lama yang memerlukan pengamatan yang fokus pada apa yang disampaikan oleh ustaz. Mula-mula agar sukar untuk aku sendiri faham dengan dialek kelantan,tapi aku cuba.Alhamdulillah.
Ya Sahabatku, sekalipun di pondok ini, tiada sijil, diploma,ijazah,tetapi jika hati dan kudrat telah dipasakkan IKHLAS untuk ilmu Allah,itu lebih nikmat ya sahabatku, dan sekalipun memperoleh sijil atau yang sama erti, anggaplah itu sebagai bonus dan aku tidak menolak itu. ILMU DUNIA DAN AKHIRAT PERLU SEIMBANG,agar bisa menjadi muslimah yang punya keduanya.
Sekarang aku berada di tanah air kusendiri, ikutkan hati,aku mahu tetap di penjara, mungkin terlalu merasa nikmat ilmuNya,kerana di penjara ini aku rasa bebas-sebebasnya dalam pengabdianku meraih ilmu Allah,tapi aku perlu kembali,menziarahi keluarga yang merindu serta melaksanakan tanggungjawab sebagai anakyang pasti,aku terlalu rindukan pondok,lambaian kasihku untukmu pondok,menjadi pelajar pondok mengajar aku erti BERSYUKUR akan segala nikmat Allah, sekalipun tidak mencukupi, jangan mengeluh, ALLAH AKAN CUKUPKAN .Allah mahu didik aku supaya menjadi muslimah yang SABAR & IKHLAS dalam menuntut ilmu..YA ALLAH..TERIMA KASIH..MATIKAN AKU KETIKA AKU MENUNTUT ILMU DAN MATIKAN AKU SEBAGAI HAMBA-MU YANG BERSYUKUR..AMEEN.
~~ AKULAH BANDUAN DI PENJARA NIKMAT ~~
0 comments:
Post a Comment