Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KISAH LELAKI TUA DAN 3 ORG ANAKNYA

Friday, July 17, 2009



KISAH LELAKI TUA DAN 3 ORG ANAKNYA

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yang sudah bertahun-tahun
kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang
anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan
ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah
Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si
polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty)
dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang
langsung tak diendahnya.. jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar
kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang
diberi makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah
kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi
mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa
pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa
yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben.

"Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan
ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben?
"Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi
macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau
mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang
disayanginya tidak boleh diharap.
"Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis.

"Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah
mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Anis?
"Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni
jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau
mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang
disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga.

"Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal.
"Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang.. Tuanku Raja memerintahkan
ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab,
"Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana tidak
menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk
ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar
rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya
mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan
hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si
Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Sekian adanya.

APA PENGAJARAN CERITA INI.

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di
mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang
dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis
tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita
di dunia ini jangan lah lupa dengan akhirat dan rukun Islam yang lima .

Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.

Wassalam.

" in life, ALLAH doesnt give you the person you want, instead he gives you
the person you need... to love you... hurt you and teach you the real
meaning of life..."


Thanks & Regards,

Nazrul Mazdi Mokhtar (Nazaffan)

0 comments:

SATU DUA PUISI

GADIS IDAMAN

Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN,
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN,
Maruah diri dipagari dengan KESOPANAN,
Dialah puteri indah RUPAWAN…
Tika gadis lain sibuk menghias diri,
Dia hias NUR ILAHI pada WAJAHnya…
Tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,
Dia selesa dengan bersama CintaNYA…
Tika gadis lain sibuk bermadah pujangga,
Dia TEKUN dengan BAIT kata TUHANnya…
Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA,
Dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba…
Gadis itu seperti MAWAR BERDURI,
Indah di pandangan namun sukar DIPEGANG,
Mulianya kerana KETAQWAAN,
Cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA…
Kerana itulah dikatakan dia…GADIS IDAMAN
Moga kitalah gadis yang dirindui SYURGA…

TALAK 2007(untuk si dia-buatmu insan yang menghilang)

Epilog semalamMasih berbekam
Umpama ruam
Cinta suami tiada ketemuan
Umpama malam tanpa seri
bulanLangit jadi kusam
Talak 2007Menghantar ke lembah diam
Gerak geri sopan
Walhal penuh dendamDalam diam
Walaupun hakikatnya menyedihkan
Cinta tetap adaYakni cinta Ilahi
Kekal abadiCuma pupuklah diri
Menghadap Ilahi
Dalam duniawi
Sementara ini


KHAS BUAT INSAN BERGELAR SUAMI“SERPIHAN KASIH”

Kukutip serpihan kasihmu
Ketika berada pada jalan dingin
Yang telah kau tinggalkan
Barangkali ada
Tapi cuma tinggal sisa
Barangkali boleh ditampalpada ruang kosong hati
Agar bisa dinikmatiTika perlu amat
Biar permata hati
Menjadi penawar duka
Pengusir keresahan
Jika kau carikcarik hatimu
Masih ada lagikah ruangUntuk kubersandar sebentar
Ketika lelah dan payah
Penyatuan insanadam dan hawa
Bukanlah seperti kad prabayar
Tapi akad nikah yang menghalal segala
Dalam gemersik kata
Akulah yang bertatih
Pada hati adammuKerana ianya memang tersurat
Akan erti penyerahan diri
Kasih isteri kepada suami
Namun harapanku bersandar pada angin
Terasa melibas pipi
Tapi bayang tiada
Kerana lafaz talak telah terpatri.

AKU MASIH MAHU MENJADI ISTERIMU

Jika kau hadir ke dunia
Sebagai putera
Aku rela menjadi Cinderella
Kita lakonkan kisah cinta
Menjadi lagenda

Jika kau hadir ke duniaTerbang menjadi kumbang
Lantas kumekari diri Menjadi bungaPenyeri taman
Jika kau hadir ke duniaSebagai bulan
Maka akulah sang pungguk Setia memandangmu
Jika kau hadir ke dunia Sebagai kertas Akulah tintanya
Kutulis puisi terindah
Untuk kita sulami
Dengan mekar kasih setiap madah

Jika kau hadir ke duniaUmpama penulis jalanan
Relalah aku sebagai penyajak bisuYang setia membawa tajam puisi cinta
Wahai lelakiCintamu tiada ketemuan akhirnya
Bila pudar sayang
Hancurlah cinta
Putuslah kasih
Talak 2007
Menghantarku ke lembah kaku
Tidak mampu menjadi ratu
Walau engkau sebagaiPutera
Kumbang
Bulan
Kertas
mahupun penulis jalanan
gagallah aku sebagaiCinderella
Bunga
Sang pungguk
TintaMahupun
penyajak bisu

Kerana talak 2007 telah terlaksana
Jika masa bisa berundur malu
Aku masih mahu menjadi isterimu


SEORANG ANAK

1.Berkumpul kasih ibumewangi cinta ayah
meninggalkan pengalaman pahitdi sudut hati

2.Senyum dan tawamuyang jernih
bagai memintasetitis ertipenyatuan seluruh mata angindari semua lautan:ke dalam ruang lapangyang lebih selesadan dewasa

3.Di sini, seorang anakberkumpul kasih ibumewangi cinta ayah
lahir daripada seribu rahsiayang tersimpan
nikmat kamar

4.Seluruh waktu tangismudi semua ladang:membakar kebiasaan tidur
hangus bersamaberahi mimpi

5.Adalah kebahagiaan yang mempesona
sehingga semua hujanmengisi seluruh ketandusansawah di desa

6.Musim
dirikuhitung hariku
kota katasambil mencatatsimpankangerak-geri waktuyang berubahseperti biasatetapi lain

7.Dan seluruh perbuatanyang bertentanganmenjemukan rasa hati
melemaskan diri

8.Lalu, seoarang anak
simbol penghubungikatan sebuah rumahtanggakeakhir zaman

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP