Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

PUASA

Monday, August 23, 2010


TAKRIF & PENGERTIAN
Bahasa – Tahan diri @ diam diri.
Syarak - Tahan diri dari perkara yang batalkan puasa
dari sahur – berbuka.
Kefarduan Ramadan khusus utk umat islam.
Persamaan – Umat terdahulupun disyariatkan.


DALIL KEFARDHUAN PUASA

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,(al baqarah ayat 183)

عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ: (( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدً ا
رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّآَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ )). رواه البخاري
ومسلم.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku
telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
lslam itu teribna atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan
Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam Kitab (al-
Iman) bab
باب الإیمان وقول النبي صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس)) ) hadis nombor 8. Al-Imam Muslim dalam bab ( باب بيان
أرآان الإسلام ودعائمه العظام) hadis nombor 16).

HUKUM TINGGAL PUASA TANPA UZUR

Konsep : Rukun Islam yg tak boleh ditinggalkan.
Ingkar kefarduan – kafir & wajib bertaubat.
Layanan – sama dgn org murtad - dibunuh.
Tidak ingkar kefarduan – fasiq & tidak kafir.
Pemerintah wajib tahan & halang dari makan/minum.
Mazhab Hanafi – Dikenakan Kaffarah kerana sengaja
meninggalkan.
Mazhab Shafi’I – Berdosa dan wajib qada’.

HIKMAH PUASA

Ibadah – tanpa lihat natijah disebaliknya.
Muraqabah kpd Allah - siang & malam.
Bulan yg paling suci berbanding yang lain.
Bersihkan jiwa dan raga.
Kasih mengasihi sesama manusia.
Rehatkan anggota penghadaman.

RUKUN PUASA

Niat:Dalam hati – tak cukup dgn lafaz saja
(Puasa sunat – tak perlu tabyit & ta’yin)
Tahan diri perkara batal – sahur – berbuka
*Makan minum dgn sengaja.
*Makan @ batalkan puasa krn sangka maghrib – qada’.
*Masuk ‘ayn ke dlm jawf & rongga terbuka.
*Dgn sengaja – tak sengaja tak batal.
*Lalat @ debu masuk – tak batal (susah nak hindar).
*Telan air liur berdarah @ bernajis – batal.
*Telan air liur yg ada makanan – tak sengaja – tak batal.
*Berkumur tak melampau masa wuduk – tak batal.
*Dipaksa – tak batal

TAHAN DARI PERAKARA BATAL

Muntah dgn sengaja.
Setubuh dgn sengaja walau tanpa inzal.
Istimna’ dgn inzal-:
*Sengaja – batal.
*Luar kawalan – tak batal.
*Makruh tahrim – Cium bg yg cepat naik shahwat.
*Hadith A’isyah – khusus utk Rasul saja.
Haid & nifas pada mana-mana waktu siang.
*Wajib qada’.
Gila & murtad.

ADAP BERPUASA

Melewatkan Sahur.
Tinggalkan percakapan sia-sia.
Cela, umpat hasut dan sebagainya.
Mandi junub sbl fajar.
Tidak berbekam dan derma darah.
Berdoa ketika berbuka.
Beri makan kpd org yg berpuasa.
Banyak sedekah, baca Qur’an.

0 comments:

SATU DUA PUISI

GADIS IDAMAN

Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN,
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN,
Maruah diri dipagari dengan KESOPANAN,
Dialah puteri indah RUPAWAN…
Tika gadis lain sibuk menghias diri,
Dia hias NUR ILAHI pada WAJAHnya…
Tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,
Dia selesa dengan bersama CintaNYA…
Tika gadis lain sibuk bermadah pujangga,
Dia TEKUN dengan BAIT kata TUHANnya…
Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA,
Dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba…
Gadis itu seperti MAWAR BERDURI,
Indah di pandangan namun sukar DIPEGANG,
Mulianya kerana KETAQWAAN,
Cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA…
Kerana itulah dikatakan dia…GADIS IDAMAN
Moga kitalah gadis yang dirindui SYURGA…

TALAK 2007(untuk si dia-buatmu insan yang menghilang)

Epilog semalamMasih berbekam
Umpama ruam
Cinta suami tiada ketemuan
Umpama malam tanpa seri
bulanLangit jadi kusam
Talak 2007Menghantar ke lembah diam
Gerak geri sopan
Walhal penuh dendamDalam diam
Walaupun hakikatnya menyedihkan
Cinta tetap adaYakni cinta Ilahi
Kekal abadiCuma pupuklah diri
Menghadap Ilahi
Dalam duniawi
Sementara ini


KHAS BUAT INSAN BERGELAR SUAMI“SERPIHAN KASIH”

Kukutip serpihan kasihmu
Ketika berada pada jalan dingin
Yang telah kau tinggalkan
Barangkali ada
Tapi cuma tinggal sisa
Barangkali boleh ditampalpada ruang kosong hati
Agar bisa dinikmatiTika perlu amat
Biar permata hati
Menjadi penawar duka
Pengusir keresahan
Jika kau carikcarik hatimu
Masih ada lagikah ruangUntuk kubersandar sebentar
Ketika lelah dan payah
Penyatuan insanadam dan hawa
Bukanlah seperti kad prabayar
Tapi akad nikah yang menghalal segala
Dalam gemersik kata
Akulah yang bertatih
Pada hati adammuKerana ianya memang tersurat
Akan erti penyerahan diri
Kasih isteri kepada suami
Namun harapanku bersandar pada angin
Terasa melibas pipi
Tapi bayang tiada
Kerana lafaz talak telah terpatri.

AKU MASIH MAHU MENJADI ISTERIMU

Jika kau hadir ke dunia
Sebagai putera
Aku rela menjadi Cinderella
Kita lakonkan kisah cinta
Menjadi lagenda

Jika kau hadir ke duniaTerbang menjadi kumbang
Lantas kumekari diri Menjadi bungaPenyeri taman
Jika kau hadir ke duniaSebagai bulan
Maka akulah sang pungguk Setia memandangmu
Jika kau hadir ke dunia Sebagai kertas Akulah tintanya
Kutulis puisi terindah
Untuk kita sulami
Dengan mekar kasih setiap madah

Jika kau hadir ke duniaUmpama penulis jalanan
Relalah aku sebagai penyajak bisuYang setia membawa tajam puisi cinta
Wahai lelakiCintamu tiada ketemuan akhirnya
Bila pudar sayang
Hancurlah cinta
Putuslah kasih
Talak 2007
Menghantarku ke lembah kaku
Tidak mampu menjadi ratu
Walau engkau sebagaiPutera
Kumbang
Bulan
Kertas
mahupun penulis jalanan
gagallah aku sebagaiCinderella
Bunga
Sang pungguk
TintaMahupun
penyajak bisu

Kerana talak 2007 telah terlaksana
Jika masa bisa berundur malu
Aku masih mahu menjadi isterimu


SEORANG ANAK

1.Berkumpul kasih ibumewangi cinta ayah
meninggalkan pengalaman pahitdi sudut hati

2.Senyum dan tawamuyang jernih
bagai memintasetitis ertipenyatuan seluruh mata angindari semua lautan:ke dalam ruang lapangyang lebih selesadan dewasa

3.Di sini, seorang anakberkumpul kasih ibumewangi cinta ayah
lahir daripada seribu rahsiayang tersimpan
nikmat kamar

4.Seluruh waktu tangismudi semua ladang:membakar kebiasaan tidur
hangus bersamaberahi mimpi

5.Adalah kebahagiaan yang mempesona
sehingga semua hujanmengisi seluruh ketandusansawah di desa

6.Musim
dirikuhitung hariku
kota katasambil mencatatsimpankangerak-geri waktuyang berubahseperti biasatetapi lain

7.Dan seluruh perbuatanyang bertentanganmenjemukan rasa hati
melemaskan diri

8.Lalu, seoarang anak
simbol penghubungikatan sebuah rumahtanggakeakhir zaman

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP