Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

BAITU MUSLIM

Saturday, June 13, 2009


BAITU MUSLIM
Kehidupan berumahtangga bermula daripada perkahwinan yang penuh citarasa masing-masing. Perkara yang lebih utama ialah berlandaskan hukum syarak Islam, serta berkat restu ibubapa. Itulah yang penting. Sesungguhnya redha Allah S.W.T itu terletak pada redha ibubapa. Jika dilihat pada alaf ke-21, tidak dinafikan perkahwinan yang berlandaskan cinta kekal abadi. Namun pernahkah kalian terfikir semasa akad nikah dimeterai, apakah sebenarnya matlamat perkahwinan itu sendiri.
Bisakah cinta mengubah segala? Bisakah cinta memenuhi kehendak pasangan masing-masing? Dan soalan yang seterusnya, bisakah cinta bertukar menjadi peranan dan tanggungjawab? Terutama kaum Adam, yang mempunyai peranan yang sangat besar dalam merealisasikan matlamat sebenar perkahwinan dimana pada awalnya penuh dengan berjuta janji, begitu juga dengan kaum Hawa yang penuh rasa akur dengan janji tersebut.
Kadang-kala, arena perkahwinan tidak semestinya berjalan lancer seperti yang dirancang. Itulah yang menjadi persoalan. Kemana menghilang semua ikrar perkahwinan? Adakah telah dinodai nafsu semata-mata? Perkahwinan yang berlandaskan akan pudar, kerana nafsu manusia akan berubah. Ketahuilah hakikat bahawa tiada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan terhadap duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkanhati dan rasa kepada Allah yang membuat hati merana.
Wanita. Itulah yang ingin saya ketengahkan. Peranan wanita tidak dapat dinafikan dalam menyumbang peningkatan ekonomi Negara sama adadalam bidang industry, pendidikan, pertanian, perikanan, pelancongan, hiburan,penulisan, dan sebagainya. Disebalik kejayaan kaum Hawa, tidak dinafikan hadirnya golongan Adam. Kedua-duanya saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita lihat kembali daripada sudut perkahwinan, sudah menjadi impian wanita perkahwinan kekal abadi hingga ke anak cucu, tapi bagaimana untuk kita sampai ke tahap itu sedangkan masing-masing seolah-olah lupa akan ikrar dan lafaz nikah yang dilafaz dihadapan sekurang-kurangnya empat orang saksi? Bagaimana mampu untuk kita mengembalikan saat itu? Sedangkan masa tidak dapat di arak kembali, tidak dapt ditukar ganti.
Seandainya kita tahu bahawa perkahwinan yang kita bina sudah mula dicemburui dengan sikap sambil lewa pasangan masing-masing, tentu kita sudah menyiapkan diri dengan pelbagai kekuatan rohani untuk melibas perit getir, dugaan bukan? Memang benar, kita hanya merancang Allah S.W.T lebih bijak menentukan pahit manisnya. Cuma ia terpulang pada niat kita. Jika penyatuan kembali perkahwinan itu memberi manfaat, bersatulah. Biar ikhlas kerana-Nya. Tapi jika wujudnya musibah bernama perpisahan yang hadir, dan jika perpisahan itu meleraikan segala ketidaksefahaman , redailah perpisahan itu. Renung-renungkanlah. Sesungguhnya, pilihan Allah adalah pilihan terbaik.
Penindasan yang berlaku dalam kalangan wanita di Malaysia pada alaf ke-21 sebenarnya banyak yang berlaku tanpa kita sedari. Bukan tiada kesedaran akan hak dan kepentingan, cuma sesetengah wanita takut untuk berhadapan dengan hakikat perpisahan. Mereka juga sedaya upaya menjaga maruah kedua belah pihak. Betapa tabah ya wanita sebegini, sanggup mengetepikan kehendak naluri sendiri hanya kerana ingin menjaga hati dan maruah suami mahupun maruah isteri itu sendiri. Namun sampai bilakah mahu bermain tarik tali, dan sampai bila mahu digantung tak bertali? Namun, sampai bila penindasan kaum Hawa akan membusung nanah. Mungkin pilihan kita pada satu masa dahulu. Dikira tepat, tapi kenangilah dengan segala apa yang telah dilakukan pada kita seperti tiada nafkah zahir batin, ketidakadilan dalam kehidupan berpoligami, yang paling teruk digantung tak bertali. Memang benar kita tidak mampu memaksa orang untuk melepaskan diri dari cengkaman ini, kita tiada hak untuk memaksa wanita untuk meleraikan ikatan rumahtangga kerana talak bukan di tangan wanita bahkan mereka masih merasa kasih sayang, pahit getir, suka duka dalam berumahtangga, mustahil juga disebalik dugaan berumahtangga, tentu terselit sekelumit kenangan indah ketika bersama. Itulah yang dikenang sebenarnya. Kenangan yang dilalui bersama pasangan kadang kala buat kita lupa segala kesakitan hati yang kadang kal tidak dapt digambarkan dengan kata-kata semata.
Hanya yang telah melalui detik suka duka lebih mengetahui hakikat kehidupan suami isteri. Jauh di sudut hati, setipa wanita yang perkahwinannya retak menanti belah, mahukan perkahwinan itu dapat diselamatkan agar masing-masing diberi pengajaran dengan kesilapan masing-masing, dan sekiranya terjadi perpisahan, ingatlah tidak beerti hidup anda telah berakhir. Masih ramai lagi yang sayang terutama anak-anak, orang tua, sahabat dan sesungguhnya Allah memakbulkan doa hamba-Nya yang teraniaya. Banyak ibu tunggal yang berjaya dalam bidang perniagaan terutamanya. Bagi mereka hidup mereka belum berakhir hanya kerana istimewanya lelaki. Bukanlah bereerti saya menulis ini mencari salah siapa, cuma usahlah rumahtangga yang dimulai dengan kalimah suci dan berakhir dengan talak menjadi satu kebiasaan atau ‘trend’.
HALIMAH RAMLI PENULIS MUDA SARAWAK(KHAS BUAT SEMUA WANITA)

0 comments:

SATU DUA PUISI

GADIS IDAMAN

Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN,
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN,
Maruah diri dipagari dengan KESOPANAN,
Dialah puteri indah RUPAWAN…
Tika gadis lain sibuk menghias diri,
Dia hias NUR ILAHI pada WAJAHnya…
Tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,
Dia selesa dengan bersama CintaNYA…
Tika gadis lain sibuk bermadah pujangga,
Dia TEKUN dengan BAIT kata TUHANnya…
Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA,
Dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba…
Gadis itu seperti MAWAR BERDURI,
Indah di pandangan namun sukar DIPEGANG,
Mulianya kerana KETAQWAAN,
Cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA…
Kerana itulah dikatakan dia…GADIS IDAMAN
Moga kitalah gadis yang dirindui SYURGA…

TALAK 2007(untuk si dia-buatmu insan yang menghilang)

Epilog semalamMasih berbekam
Umpama ruam
Cinta suami tiada ketemuan
Umpama malam tanpa seri
bulanLangit jadi kusam
Talak 2007Menghantar ke lembah diam
Gerak geri sopan
Walhal penuh dendamDalam diam
Walaupun hakikatnya menyedihkan
Cinta tetap adaYakni cinta Ilahi
Kekal abadiCuma pupuklah diri
Menghadap Ilahi
Dalam duniawi
Sementara ini


KHAS BUAT INSAN BERGELAR SUAMI“SERPIHAN KASIH”

Kukutip serpihan kasihmu
Ketika berada pada jalan dingin
Yang telah kau tinggalkan
Barangkali ada
Tapi cuma tinggal sisa
Barangkali boleh ditampalpada ruang kosong hati
Agar bisa dinikmatiTika perlu amat
Biar permata hati
Menjadi penawar duka
Pengusir keresahan
Jika kau carikcarik hatimu
Masih ada lagikah ruangUntuk kubersandar sebentar
Ketika lelah dan payah
Penyatuan insanadam dan hawa
Bukanlah seperti kad prabayar
Tapi akad nikah yang menghalal segala
Dalam gemersik kata
Akulah yang bertatih
Pada hati adammuKerana ianya memang tersurat
Akan erti penyerahan diri
Kasih isteri kepada suami
Namun harapanku bersandar pada angin
Terasa melibas pipi
Tapi bayang tiada
Kerana lafaz talak telah terpatri.

AKU MASIH MAHU MENJADI ISTERIMU

Jika kau hadir ke dunia
Sebagai putera
Aku rela menjadi Cinderella
Kita lakonkan kisah cinta
Menjadi lagenda

Jika kau hadir ke duniaTerbang menjadi kumbang
Lantas kumekari diri Menjadi bungaPenyeri taman
Jika kau hadir ke duniaSebagai bulan
Maka akulah sang pungguk Setia memandangmu
Jika kau hadir ke dunia Sebagai kertas Akulah tintanya
Kutulis puisi terindah
Untuk kita sulami
Dengan mekar kasih setiap madah

Jika kau hadir ke duniaUmpama penulis jalanan
Relalah aku sebagai penyajak bisuYang setia membawa tajam puisi cinta
Wahai lelakiCintamu tiada ketemuan akhirnya
Bila pudar sayang
Hancurlah cinta
Putuslah kasih
Talak 2007
Menghantarku ke lembah kaku
Tidak mampu menjadi ratu
Walau engkau sebagaiPutera
Kumbang
Bulan
Kertas
mahupun penulis jalanan
gagallah aku sebagaiCinderella
Bunga
Sang pungguk
TintaMahupun
penyajak bisu

Kerana talak 2007 telah terlaksana
Jika masa bisa berundur malu
Aku masih mahu menjadi isterimu


SEORANG ANAK

1.Berkumpul kasih ibumewangi cinta ayah
meninggalkan pengalaman pahitdi sudut hati

2.Senyum dan tawamuyang jernih
bagai memintasetitis ertipenyatuan seluruh mata angindari semua lautan:ke dalam ruang lapangyang lebih selesadan dewasa

3.Di sini, seorang anakberkumpul kasih ibumewangi cinta ayah
lahir daripada seribu rahsiayang tersimpan
nikmat kamar

4.Seluruh waktu tangismudi semua ladang:membakar kebiasaan tidur
hangus bersamaberahi mimpi

5.Adalah kebahagiaan yang mempesona
sehingga semua hujanmengisi seluruh ketandusansawah di desa

6.Musim
dirikuhitung hariku
kota katasambil mencatatsimpankangerak-geri waktuyang berubahseperti biasatetapi lain

7.Dan seluruh perbuatanyang bertentanganmenjemukan rasa hati
melemaskan diri

8.Lalu, seoarang anak
simbol penghubungikatan sebuah rumahtanggakeakhir zaman

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP