INDAHNYA BUMI KENYALANG..
Thursday, July 2, 2009
Salam Ziarah kembali..alhamdulillah..kini ana berada di tanah kelahiran sendiri setelah tamat semester berikutnya..setelah penat memerah otak serta tenaga atas nama perjuangan di medan ujian..alhamdulillah..kesempatan libur ini ana isi dengan sebaiknya..tiada ayat yang mampu ana ungkapkan setelah kembali semula ke tanah air melainkan kalimah suci SUBHANALLAH..FLIGHT AK5218 selamat mendarat di KUCHING INTERNATIONAL AIRPORT tepat jam 1200 tengah malam..sepatutnya ana boleh selamat sampai lebih awal daripada itu..tapi masa flight delay..tapi ana terima walau hati dan fikiran telahpun berada di Bumi kenyalang..penerbangan kali ini berlainan daripada yg sebelumnya -VIRUS H1NI- menyebabkan semua penumpang mengisi HEALTH DECLARATION FORM untuk tujuan tertentu..ana yang keletihan cuma menurur arahan daripada pihak anak-anak kapal..itu pun untuk kebaikan bersama..alhamdulillah setakat ini ana belum lagi menjejak kaki ke negara2 yg dijangkiti VIRUS H1NI..alhamdulillah..
Terasa benar pipi ini disentuh angin segar bumi kelahiran sendiri..benarlah kata pepatah hujan emas di bumi orang hujan batu di bumi sendiri..walau jauh merantau bumi kelahiran tetap tersemat utuh didalam sanubari..
Cuti kali ini menampakkan kelainan..kerana ana menyambut kehadiran tetamu merangkap sahabat perjuangan ana yg sama mengaji di al-kuliyah al-islamiyah al-alamiyah..
UKHTIE IKMAL RUSYDA serta UMI ABI..detik yang terlalu indah bersama mereka di bumi kelahiran sendiri..apatah lagi ana dan Ikmal berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim keluarga masing-masing..syukran Ikmal..
Kesempatan libur ini bersama Ikmal,Umi,Abi serta keluarga ana, kami semua mengambil kesempatan untuk bersiar2..alhamdulillah..indahnya BUMI KENYALANG..perlu dikongsi bersama (maaf ana belum terima gambar yg boleh ana tunjuk..semua gambar pada simpanan abi)..
Sekarang ana tinggal seminggu lebih lagi untuk menikmati waktu libur ana sebelum berangkat ke tanah pengajian ana..apa-apa pun di sini ana memohon keampunan pada teman-teman sekolah lama-SKS,SMKBK,SMTS,SMTM,PMU kerana belum ada kesempatan untuk kita berjumpa..ya lah sekarang ini ana faham masing2 berjauhan dan mempunyai komitmen yg tersendiri..di mana pun antum berada ana doakan agar antum terus istiqamah dlm amal ma'ruf nahi munkar..
0 comments:
Post a Comment